Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, November 21, 2010

It's not just a wedding...

November 19, 2010

Tarikh ni merupakan tarikh wedding sepupu aku, Ida. Dan setiap kali sepupu aku kawen, mesti meriah. Bukan kerana majlisnya yang meriah, tapi meriah sebab aku ada ramai sepupu, so bila semua dah berkumpul, meriah la jadinya.haha.. Disebabkan hari ni jumaat, maka kitorang kenalagi sembahyang jumaat dulu sebelum menjamu selera.Selepas selesai acara menjamu selera, bermula la acara sembang lebat disertai dengan gelak tawa tak ingat dunia.kahkahkah bunyinya... (haha). Sambil-sambil berbual-bual, kami jejaka-jejaka single ni mencari awek-awek yang datang (kebanyakan kawan-kawan sepupu yang kawen tu). Manala tau kot-kot boleh dijadikan jodoh.huhu.

Dalam pukul 3.30, rombongon pengantin lelaki pun tiba.Dengan tema serba merah (red warrior kah? haha) pasangan pengantin bergandingan ke pelamin indah. Aku hanya mampu memandang dari jauh sebab malas nak bersesak-sesakan dengan orang ramai. Dalam pukul 4.30 kitorang pun blah. menuju ke Billion.. 3 family, 3 kereta dan 3 orang setiap kereta...haha..

Mula-mula layan bowling dulu..7 orang je main sebab 2 0rang lagi nak tengok je.. maka bermula la pertarungan sengit yang menyaksikan aku gagal mendapat sebarang pingat sebab dapat tempat ke-4 je. (dah macam sukan asia plak...haha). Selepas berhempas pulas main bowling, kami beralih kepada game yang lebih ringan, main snooker plak. aku cuma menjadi penonton sebab aku tak reti main..haha takut terbalik meja lak kalau aku main...huhu...

Dalam pukul 7, barula kitorang blah. Hujan lebat pulak.. semput gak nak drive kalau ujan malam2 ni... Redah je... yang penting happy gila dapat jumpa sedara-mara and hangout together arini... memang terbaik...
Kepada Ida, Selamat pengantin Baru... Moga-moga kekal sampai akhir hayat....

Baru umur 21 dah kawen, aku bila lagi...? haha

No comments: