Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, October 31, 2012

Me as a Kelantan Fan

Perhatian: Entri ini mengandungi sedikit emosi sentimental, sila sediakan tisu jika perlu

Aku anak jati Kelantan, mak ayah aku orang Kelantan jadi aku memang pure Kelantan. Menjadi seorang Kelantan bukanlah suatu yang mudah. Aspek bahasa dan budaya menjadikan kami unik walaupun sering dikatakan negeri yang serba mundur. Namun kami bukanlah mudah menyerah kalah.

Dalam bolasepak, aku masih lagi hijau, baru beberapa tahun mengikuti perkembangan bolasepak. Ya aku boleh dikatakan salah seorang yang baru minat bola ketika Kelantan mula naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Aku mengaku aku tidak kenal pun siapa pemain kelantan sebelum 2009 kecuali lagenda Hashim Mustapha. 


Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, aku mula berminat untuk mengambil tahu mengenai pasukan Kelantan selepas mendengar perbualan hangat beberapa orang sahabat. Kerancakan bahan bualan itu membuatkan aku berminat untuk mengetahui lebih lanjut apa yang sedang berlaku dalam bolasepak Kelantan. Kemunculan beberapa laman web khusus untuk pasukan Kelantan sepertu Kelate.net dan page di Facebook menjadi tempat aku mengumpul info.Aku mula mengenali pemain kelantan sedikit demi sedikit. Bermula pada 2009, aku mula menjadi peminat pasukan yang digelar The Red Warriors ini.

Walaupun aku mula meminati bolasepak Kelantan, namun aku tidak pernah sekalipun ke stadium walaupun beberapa kali diajak oleh kawan-kawan. Bagi aku lebih seronok menonton di kaca tv kerana boleh melihat dengan jelas dan selesa. Namun semua tanggapan itu berubah pada akhir 2010. ketika aku di kuala lumpur untuk urusan, aku diajak oleh adikku ke stadium. Disebabkan boring tiada kerja aku mengikutnya ke stadium. Pada ketika itu Kelantan melawan KL Plus (pasukan ini telah dibubarkan) untuk suku akhir Piala Malaysia. Sebaik sahaja game bermula, paluan gendang dari penyokong Kelantan mula bergema. Aku yang berada berdekatan dengan mereka mula merasakan sesuatu. Seolah-olah datang satu semangat dalam diri yang selama ini terpendam. Secara tidak sengaja aku mula bersorak seperti penonton lain. Apabila gol pertama dijaring, secara serentak kami berteriak bersama. Satu perasaan yang sukar digambarkan. Dan malam itu menyaksikan Kelantan menjaringkan 4 gol yang membawa mereka ke semi final dan menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama.

Pada tahun berikutnya (2011), aku mula menghadiri perlawanan di stadium keramat kami iaitu Stadium Sultan Muhammad ke IV. Bermula ketika itu aku mula menjadi penonton yang setia ke stadium setiap kali ada perlawanan di kota bharu sehinggakan game friendly pun aku akan turun ke stadium. Walaupun pada tahun itu kelantan tewas dalam final Piala FA namun kelantan masih menjadi Juara Liga Super.

Bermula 2012 Kelantan dilihat sebagai pasukan paling hebat kerana mempunyai pemain yang hebat pada setiap posisi. Ditambah pula dengan kehadiran pemain import yang juga pemain kebangsaan Lubnan, Ghaddar, kelantan dikatakan mampu mengalahkan mana-mana pasukan dalam liga super. Tahun yang penuh dengan pancaroba bagi kelantan. Di awal musim menyaksikan prestasi Ghaddar tidak seperti yang diharapkan. pertukaran pemain import silih berganti, jadual padat kerana Kelantan bersaing pada Piala AFC, pertukaran jurulatih daripada Peter Butler kepada Boyan Hodak dan penggantungan Presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa memberikan cabaran yang kuat buat pengurusan, pemain dan penyokong. Namun semuanya diatasi sedikit demi sedikit sehingga kita mampu menggenggam Piala FA buat kali pertama. Aku menjadi saksi di Bukit Jalil. Kelantan juga muncul Juara Liga Super untuk dua tahun berturut-turut. Akhirnya 20.10.2012 melengkapkan kegemilangan The Red Warriors apabila berjulang Piala Malaysia seterusnya menjadikan Kelantan Juara Treble 2012.

20.10.2012 melakarkan segalanya di Stadium Shah Alam. Walaupun aku tidak mahu ke stadium pada mulanya, namun aku mengubah pada saat akhir. Aku pasti akan menyesal jika tidak ke stadium pada hari itu. Perlawanan yang cukup mendebarkan menentang ATM memang membuatkan aku tidak senang duduk. Sebaik sahaja wisel penamat ditiup, aku cuma terdiam. Sejujurnya aku menangis kerana mengimbau kembali segala perjalanan aku menyokong TRW musim ini. Beratur panjang tengah panas, berhujan dalam stadium, merentasi negeri ke shah alam, dan segala penat lelah untuk ke stadium seolah-olah terbayar dengan kemenangan ini. Ada yang berpeluk, ada yang melompat kegembiraan, dan ada juga yang tunduk mengucap syukur ke hadrat Ilahi.Walaupun kami penyokong Kelantan sering menjadi bahan fitnah media arus perdana, diejek, dicaci penyokong luar, dikatakan tidak bertamadun, KAFA didenda dengan denda yang tidak munasabah, pasukan sering dianaktirikan FAM dan macam-macam lagi, kami tetap teguh bersatu. malah kami semakin kuat. Bukan wang ringgit yang kami persoalkan, cuma kami inginkan persembahan yang terbaik. Biar kalah asalkan berusaha sedaya upaya.Sesungguhnya Allah Maha Adil. Kemenangan ini telah menutup mulut pihak-pihak yang cuba menjatuhkan kami.

Tahukah anda, harga tiket perlawanan bolasepak di Kota Bharu adalah antara yang termahal di Malaysia, namun stadium itu tetap sentiasa penuh malah seringkali melebihi kapasiti. Rakyat kelantan yang dikatakan miskin oleh pemimpin negara mampu memberi sokongan padu pada pasukan kesayangan mereka. Ada juga pihak yang menyamakan Stadium kami seperti kandang babi, namun stadium yang gah seperti istana tetap jua sepi, jadi apa nilainya? Biarlah kami hidup sederhana kerana sokongan kami bukan hanya ketika menang. berdiri 3 jam untuk menonton di stadium bukanlah perkara luar biasa di sini. Semuanya kerana semangat cintakan bola sepak kami. Malah boleh dikatakan bahawa faktor penonton ini yang membuatkan pihak lawan gerun untuk bertandang ke stadium yang digelar stadium keramat the Red Warriors sehingga menjadikan tahun 2012 sebagai rekod tanpa kalah sekalipun beraksi untuk piala AFC.

Ketika artikel ini ditulis, aku masih terbayangkan suasana Final Piala Malaysia. Tiada kata mampu diucapkan. Sesungguhnya aku bangga menjadi salah seorang keluarga besar The Red Warriors. Percayalah jika aku katakan bahawa lima minit di stadium sudah cukup untuk menjalinkan hubungan antara kami. Berkongsi makanan, berkongsi pandangan dan bersama meraikan kemenangan sudah menjadi kebiasaan ada kami kerana suasana kekeluargaan sudah sebati dalam diri kami. Biarlah mereka di luar sana nak kata apa saja kerana mereka tidak mengerti....

SSA 20.10.2012


Video ini menceritakan suka duka Kelantan dalam dua tahun ini. menitis air mata aku tengok video ni



Selamanya The Red Mania - Ultras Kelantan The Red Mania feat Secretype

Hujan ribut panas terik badai taufan,
Jiwa kami tetap teguh sama Kelantan
Walau jatuh walau bangun berhalangan
Kalah menang tetap terus perjuangan

Sumpah seranah caci maki umpat keji 
Kami pekak kami semua tak peduli
Terus berdiri gagah berani
Hati kental hati batu beranni mati

Takkan menyerah tak putus asa
Erti juang jiwa para perwira
lautan luas terus gelora
Selamanya kami The Red Mania....

Untuk info pasukan Kelantan anda boleh melayari laman-laman web berikut

www.kelate.net
kelantanfa.com
Super warriors
wawanfaiz.com
Ultras Kelantan The Red Mania

Sekian...

Azwan Aziz

~ It's not easy to be a Kelantan Fan, but I was born this way and I'm proud of it ~

# Selamanya The Red Warriors





2 comments:

Dkna Abza said...

klate sebenarnya maju cuma segenlintir jer yang suka up cerita tentang kemunduran klate... kalo blk klate dkna yang sesat sebab banyak pembangunan sana sini...

Azwan Aziz said...

Orang luar banyak yg dengar cerita je tanpa merasai sendiri bagaimana negeri klate yg sebenar.