Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Saturday, October 27, 2012

Ikhlas Itu Datang Dari Hati

Pada zaman moden yang serba mencabar ini, setiap perbuatan dan tutur kata pasti akan dinilai. Dalam setiap perbuatan baik pasti akan dinilai keihlasannya kerana terlalu banyak korupsi dalam dunia sekarang. Setiap perkara yang dilakukan selalunya akan diharapkan pembalasan. Disebabkan hal ini maka terlalu banyak prasangka biarpun perbuatan itu benar-benar ikhlas.

Ikhlas atau tidak seseorang itu amatlah sukar untuk kita manusia biasa ini tafsirkan kerana ikhlas itu datang dari hati. Niat yang baik maka ikhlaslah perbuatannya dan sebaliknya. Manusia yang lemah ini tidak mungkin mampu membaca niat dalam hati manusia yang lain. Hanya perbuatan mampu menafsirkan setinggi mana tahap keihklasan seseorang. Perbuatan yang meminta balasan sudah pasti memperlihatkan ketidakikhlasan. Sebaiknya kita lakukan sesuatu dengan ikhlas dan Allah akan membalasnya. Jika tidak di dunia, di akhirat kelak pasti ada sesuatu yang akan diberikan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.


Lakukanlah ibadah korban dengan penuh keikhlasan dan bukanlah semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Nescaya Allah akan membalasnya dengan sesuatu yang setimpal. Nikmat Allah tidak akan dapat kita duga. Rezeki akan diberi pada sesiapa yang dikehendaki-Nya asalkan kita yakin dan percaya dengan kekuasaan Allah.

Salam Aidiladha...



~ bukanlah keihklasan kalau masih merasakan sakit ~

No comments: