Monday, October 22, 2012

Kelantan Juara Treble

Kelantan akhirnya melengkapkan tahun gemilang 2012 dengan menjulang Piala Malaysia sekaligus menjadikan Kelantan Juara Treble selepas memenangi Piala FA dan Liga Super. Kemenangan 3-2 ke atas pasukan ATM yang disifatkan sebagai perlawanan Final Epik yang menemukan Juara Liga Super dengan Juara Liga Perdana.

Gol Kelantan yang dihasilkan oleh Nor Shahrul Idlan Talaha pada minit 44 dan 50 dan gol kemenangan daripada Indra Putra memberikan suatu suatu kenangan paling manis buat seluruh penyokong The Red Warriors. Seluruh Stadium Shah Alam menjadi gamat pabila wisel penamant ditiup oleh pengadil. Kemenangan ini memberi suatu kepuasan yang tidak terhingga pada seluruh penyokong yang datang dari serata pelusuk negara demi memberi sokongan pada pasukan kesayangan mereka. Tangisan kegembiraan, tawa kemenangan memenuhi segenap ruang. Ketika Piya (Badri radzi) menjulang Piala Malaysia, sekali lagi kami bersorak keriangan.




Kemenangan ini diharapkan dapat menutup mulut sesetengah pihak yang banyak mengutuk dan mencerca pasukan dan penyokong Kelantan. Kami berjuang atas kerjasama pengurusan , pemain dan penyokong. kemenangan ini bukannya datang sekelip mata. Empat tahun Kelantan membina empayar sedikit demi sedikit sehingga menjadi pasukan paling digeruni oleh pihak lawan terutamanya ketika bertandang ke stadium keramat kami Stadium Sultan Muhammad ke IV. Diharapkan pasukan The Red Warriors akan terus cemerlang untuk musim hadapan. Sokongan kami zaman berzaman.....

kredit to www.bolasepak-kelantan.com

~ SELAMANYA THE RED WARRIORS ~

1 comment:

Anonymous said...

Awaiting more posts!