Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, July 15, 2012

Liga Super Kami yang Pegang!




Pasukan Kelantan The Red Warriors sekali lagi melakar sejarah apabila menjuarai Liga Super Malaysia untuk dua tahun berturut-turut setelah menjaya mendapatkan Piala FA Mei lalu. Kemenangan ini sekaligus memberi kegembiraan kepada seluruh rakyat Kelantan setelah pasukan kesayangan mereka ini menghadapi liku-liku pahit manis sepanjang berlangsungnya Liga Super tahun ini.

Aku juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama bersama para penyokong untuk ke stadium bagi meraikan kejayaan ini. Walaupun perjalanan untuk ke stadium agak perit, namun ianya tetap berbaloi. Walaupun kelantan telah mengesahkan Takhta juara, namun rekod tanpa kalah dilaman sendiri harus dipertahankan. Apatah lagi sebagai perlawanan penutup liga, dihadapan 18ribu penyokong, pasukan kelantan perlu menang. 


Separuh masa pertama, game agak hambar. Aku mula kecewa. Namun sebaik sahaja bermula separuh masa kedua, permainan sedikit berubah. Gol permulaan yang cantik dari Captain Marvel, Piya berjaya menaikkan semula semangat para penyokong. Disusuli dua gol dari Paan10 memang memberi kepuasan kepada kami semua. kami mula bersorak gembira. kegembiraan sang juara. Sarawak berjaya mendapat 1 gol saguhati untuk dibawa balik ke sana.huhu.

Sebaik sahaja tamat perlawanan, majlis penyampaian trofi liga super dijalankan. Piya akhirnya berjaya menjadi pemain pertama menjulang trofi liga super di stadium keramat itu. Suasana semakin meriah dengan percikan bunga api. lama jugak tunggu bunga api nak abis. Tiba-tiba penyokong mula bertindak panjat pagar dan berlari masuk ke stadium. makin lama makin ramai. aku rilek je. Tapi bila pintu pagar dibuka, aku pun join sekali. Bila lagi nak merasa masuk padang ye dak?

Atas padang ni tau, sila jeles...haha

kalau nak tengok gambar lagi best boleh masuk fb saudara amierul hisham. Aku takde gambar sangat. Pakai henpon pon biasa-biasa je.haha. Apapun malam ni memang sangat-sangat puas hati. Moga TRW terus maju. masih ada dua piala untuk diburu, Piala Malaysia dan Piala AFC.

Hujan ribut panas terik badai taufan,
Jiwa kami tetap teguh sama Kelantan,
walau jatuh walau bangun berhalangan,
menang kalah tetap terus perjuangan

Selamanya kami The Red Warriors!








No comments: