Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, July 25, 2012

Bertemu lagi Ramadhan

Pertama-tama sekali ingin aku ucapkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepadaku untuksekali lagi menjadi tetamu Ramadhan.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku pastilah berpuasa sebagaimana yang dituntut Islam. Puasa di rumah sendiri ni lagi best dari berpuasa di perantauan. Hari-hari boleh berbuka dengan family. Banyak jugak aku baca status FB kawan-kawan yang bekerja di luar kelate yang ingin balik berpuasa di kampung halaman masing-masing. Kira aku ni beruntung sebab dapat kerja kat negeri tanah tumpah darahku ni.hehe.

Teringat pulak kisah Ramadhan 2010 dimana aku mula menulis cerpen bersiri Cinta Bazar Ramadhan. Masa tu aku tengah menganggur. Menulis sambil jaga baby. Dan tak sangka betul cerpen aku tu mendapat sambutan yang luar jangkaaan. memang rasa seronok sangat masa tu sebab orang dok tunggu-tunggu sambungan cerita tu. Masa tu jugak aku bukak blog ni. Sebab nak kongsi hasil karya aku yang lain. Kalau ada yang rasa nak baca cerpen ni sila klik link kat sebelah ni ---->

Ramadhan 2011 meninggalkan suatu kisah sedih. Pemergiaan seorang sahabat maya memang betul-betul memberi kesan pada aku. Walaupun kami tak pernah bersua muka namun hubungan kami terasa rapat. Arwah selalu komen dan bagi semangat. Banyak bergurau senda. Memang arwah seorang yang sangat baik. Tapi setiap yang hidup pasti mati. Itu hakikat. Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat arwah disana. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Di kesempatan ini aku jugak nak mengucapkan selamat berpuasa pada semua. Moga puasa kita tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Mintak maaf jugak andai ada tersalah kata.



~ Allah sengaja menduga kita, dimana KESABARAN manusia ~

No comments: