Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Monday, December 26, 2011

Lagu Dengan Nama Gadis

Kalau korang seorang peminat lagu-lagu melayu, pasi korang akan perasan banyak lagu-lagu melayu kita ni guna nama gadis sebagai tajuk lagu. Kalau guna nama gadis ni, boleh menampakkan tahap kejiwangan yang tinggi dan berani sebab luahkan rasa cinta terus pada si empunya diri. Takde pakai kiasan dah. Terus sebut nama. Manakala golongan gadis-gadis pulak mestilah suka benar bila namanya disebut-sebut oleh penyanyi tersebut walaupun mungkin hanya sekadar kebetulan je kena dengan namanya.hehe. Bagi golongan jejaka pulak boleh dibuat modal untuk memujuk awek beliau kalau awek tu merajuk ke apa. Boleh tuju lagu contohnya lagu Rozana -Search dituju buat awek bernama rozana.



Antara lagu-lagu yang guna nama gadis yang aku minat dan tahu adalah seperti
  • Kamelia - Sweet Charity
  • Fiona - 4U2C
  • Azura - Jamal Abdillah
  • Cinta Untuk Nabilla - MELISSA
  • Eva Natasha - Febians
  • Isabella - Search
  • Nur Nilam Sari - Awie
  • Jesnita - Exists
  • Julia - Exists
  • Sofea Jane - Black
  • Siti Haida - Jeffrydin
  • Nina Karina -Mega
  • Mira Edora - Wicitra
Itu antara lagu yang aku tau, kalau nak senaraikan semua letih la pulak aku nanti...haha,, Tapi kumpulan KRU dah buat satu lagu untuk semua golongan jejaka. Layan Lagu Untuk Mamat ni pulak..

Sudah beratus lagu cinta,
dikarang untuk wanita,
dari Azura ke Fiona.
Aku tersinggung,
kerana tiada satu

Pun dituju untuk lelaki,
bagai kita dilupai.
Sedangkan dunia berputar,
terus sehingga hari ini kerana,
pengorbanan mereka.

Oh Halim, oh Karim,
Abdullah dan Hussin.
Nama-nama yang dilupa,
pada karyawan 'tuk dipuja.

Oh Ahmad, oh Hashim,
Muhammad dan Ibrahim.
Walau mereka terlupa,
bukan bererti kau tak istimewa.

Biar apa pun perhubungan,
Ayah, abang atau teman.
Marilah kita menghulurkan
satu penghargaan agar mereka tahu
dia diminda selalu.

Oh Nasir, oh Azam,
Azmi dan Mustafa.
Nama-nama yang dilupa,
pada karyawan 'tuk dipuja.

Oh Aziz, oh Hassan,
Faizal, Rusdi dan Roslan.
Walau mereka terlupa,
bukan bererti kau tak istimewa.

Terima kasih pada semua,
terima kasih tak terhingga,
Lagu ini dituju khas buat kamu,
Dan kamu
Kusanjung selalu.

Oh Azman, oh Johan,
Osman dan Sulaiman.
Nama-nama yang dilupa,
pada karyawan 'tuk dipuja.

Oh Kamal, oh Zahir
Zahid, Jamal dan Khalid
Walau mereka terlupa,
bukan bererti kau tak istimewa.

 .:. ade satu album khas yg dibuat guna kompilasi lagu-lagu yang ada nama gadis ni.Album ni nama dia awek rock... ade lagu-lagu rock jiwang zaman 90-an yang guna nama-nama gadis ni.


~ berharap suatu hari ade awek sudi tulis lagu guna nama aku...haha ~

5 comments:

Cik Puan iLa said...

Saya suka lagu Rozana-Search dgn Di ambang Wati-Wings..hehe

Azwan Aziz said...

kumpulan ways ade buat satu lagu tajuk keranamu suhaila...hehe

Cik Puan iLa said...

Ni yg malas nk komen ni..ahahahha

NADIA RAJAMI said...

penah dgr lagu nama lelaki x??..lagu ahmad..hoho..lucu!!..;p

Azwan Aziz said...

@ cik ila: janganla malas komen...hehe

@ dea arematt: penah dengar... mmg klakar lagu tu...haha