Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, September 5, 2021

Bahagia 2

 Walaupun kita ini adalah satu kejadian yang sempurna, namun tak ada sesiapa diantara kita yang sempurna.Tak kira siapa kita , apa darjat dan kedudukan kita,sebenarnya kita serupa – seorang insan yang serba kekurangan.Adapun, setiap daripada kita inginkan sesuatu yang sempurna,inginkan kehidupan yang sempurna,segala yang diingini akan terpenuhi.Segala apa yang kita ingini tak akan diperolehi dengan percuma- tak ada yang free! Hanya dengan usaha saja kita akan memperolehi apa yang kita ingini.Namun jangan pula lupa akan hakikat dan hukum kehidupan bahawa kita hanya mampu merancang.


Walaupun telah segunung usaha dilakukan,jika telah ditakdirkan bahawa sesuatu itu tidak akan jadi milik kita,maka ia bukanlah milik kita.Apa yang penting hakikat itu mesti diterima biarpun sedikit rasa kecewa yang dirasai. Kekecewaan bukanlah akhir segala usaha. Malah ada banyak ungkapan yang menguraikan bahawa kegagalan itu satu jalan untuk meraih kejayaan. Merungut ,meratapi dan menyesali akan kegagalan yang berlaku bukan penyelesaian. Malah ia hanya akan semakin melemahkankan fikiran. Daripada asyik mencari alas an dan mencari kesilapan atas kegagalan, adalah lebih baik memikirkan bagaimana untuk memulakan usaha baru.


Kadang-kadang ada diantara yang sering berkata mengapa segala impiannya sering tidak kesampaian sedangkan dia berusaha keras. Bukan sekali dua….malah berkali-kali. Memang pada hakikatnya dia tidak beroleh apa-apa hasil dari apa yang dilakukan. Naman dari segi moralnya dia telah berhasil membina dan terus membina semangat agar tidak tenggelam dibawa arus kekecewaan. Dia cukup kuat untuk menghadapi kekecewaan demi kekecewaan. Dia cukup bersemangat danlangsung tidak terganggu untuk terus berusaha walaupun tak pernah mengecap sebarang hasil.


Bukankah semangat itu lebih penting dari segalanya? Ada ungkapan mengatakan bahawa orang yang tiada semangat ibarat mati sebelum ajal! Hilang semangat bermakna hilang semangat untuk meneruskan hidup, hilang keyakinan sekali gus sebenarnya telah hilang segalanya termasuk diri sendiri! Biarlah gagal walau setelah seribu kali mencuba daripada terus kecewa dengan hanya sekali mencuba dan sekali gagal. Itu merupakan orang yang telah hilang jiwa. Orang yang tiada jiwa sama dengan orang mati.


Dengan kegagalan yang menimpa ,dengan kekecewaan yang dirasa…. jangan sesekali menganggap dunia ini tidak adil. Sebenarnya kitalah yang tidak berlaku adil kerana berfikiran sedemikian. Setiap daripada kita telah ditentukan bahagian masing-masing. Setiap daripada kita telah ditentukan sebab musabab mengapa bahagian kita jumlahnya begitu dan orang lain begini pula jumlahnya. Mungkin kita sebenarnya hanya memerlukan jumlah itu sedangkan orang lain perlu lebih daripada apa yang kita dapat. Adil bukan? Jika masih tidak faham dan merasakan itu tidak adil………   sebenarnya kita diserang  satu penyakit iaitu penyakit tamak!


Makanya , kita ini disarankan bersederhana dalam apa jua sekalipun. Kita akan berasa cukup dengan apa adanya , kita akan lebih bersyukur dengan apa yang ada dengan kita. Bila kita rasa cukup………..  hati kita akan rasa lebih...


bahagia...






No comments: