Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Friday, March 28, 2014

Kalau...

Lepas game bola, aku memang suka lepak kedai kopi keesokan harinya. Kalau di Kelate, pasti bola akan jadi perbualan hangat tak kira menang atau kalah. Pasti banyak ulasan-ulasan dari pakar-pakar bolasepak tak terlatih dapat aku dengar. Aku suka dengar ulasan-ulasan mereka. Ada yang munasabah dan ada jugak yang macam syok sendiri. Cakap sampai kelangit, sentuh bola pun tak pernah. Tapi pedulikan semua tu sebab semua orang ada mata, semua orang berhak suarakan pendapat masing-masing. Kata negara demokrasi kan?



"Kalau la bola tu tak kena palang, mesti dah masuk gol"



"kalau Shakir tak injured mesti dia dapat score"



"Kalau Ghaddar tak tamak, mesti fakri dah score"



"Kalau defend tak lalai mesti JDT tak boleh score"



"Kalau Steve Darby guna taktikal lain mesti kita menang"



Ada seribu satu "kalau" yang diperkatakan. Aku tersenyum sendiri. Andai semua "kalau" yang diperkatakan tu menjadi, pasti sempurna pasukan Kelate. Aku bukan nak menidakkan pendapat mereka, tapi bagi aku "kalau" ni macam menafikan fakta semacam kita menidakkan takdir. "kalau" terlalu sempurna, hakikatnya dunia ni tak sempurna. Dunia ini bukan mengikut skrip yang kita inginkan kerana hanya Yang Pencipta sahaja berhak menentukan skrip hidup kita.



Dulu aku salah seorang manusia yang suka menyebut kalau



"Kalau aku tak kenal dia, pasti aku takkan merana"



"Kalau aku lagi hensem, pasti dia pilih aku"



"Kalau aku tak cakap mesti dia tak merajuk"



Sampai satu saat aku termenung sendiri. Terlalu sempurna segala impian aku tu sedangkan kita semua tahu dunia hanyalah pentas ujian, tak mungkin hidup kita terlalu sempurna sehingga tiada langsung cacat celanya. Pasti akan ada halangan dan rintangan di mana-mana. Lalu aku sedar bahawa hidup ni tak seindah impian. Bukan senang nak ikut semua perancangan kita kerana hanya Allah yang Maha Berkuasa tentukan segalanya.



Sedarlah...

Tapi kalah dengan JDT di halaman sendiri agak perit nak ditelan huhu




"...kalau aku kaya, aku dah beli Messi bawak masuk Kelate...'



Kahkahkah



-A.A-

Budak Sains Otak Sastera

2 comments:

Cik Puan iLa said...

Ckp pasal bola,husband sy mmg peminat setia red warrior..sampai lupa nak reply msg bini dia.hahahahaha

Azwan Aziz said...

@Cik Puan ila: bini dia kena support skali kalau cmtu, barula makin mesra haha