Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, June 30, 2013

Kelantan Juara Piala FA 2013

2013 Kelantan sekali lagi melangkah ke pentas Final setelah berhempas pulas menewaskan lawan dari pusingan awal sehinggalah separuh akhir menewaskan Terengganu dengan agregat yang cukup tipis. Berdepan lawan dianggap "musuh ketat" ini menjadikan perlawanan Final kali ini antara perlawanan Final yang terhebat. Kelantan mahu memenangi perlwanan kerana telah terlepas Piala Liga Super dan menjaga maruah selaku juara Treble 2012 manakala Johor Darul Takzim ingin memperlihatkan bahawa mereka adalah kuasa baru yang bakal menggegarkan dunia bolasepak tempatan.

Diiringi puluhan ribu penyokong dari kedua-dua pasukan, TRW dan JDT melangkah bergaya di padang. Pemain TRW yang dikatakan sudah berpengalaman di pentas Final kelihatan lebih berkeyakinan berbanding pemain JDT. Sebaik sahaja wisel ditiup, ternyata perlwanan dikuasai oleh TRW dengan beberapa percubaan bahaya dan hasilnya pada minit ke 16 Norfarhan menjaringkan gol hasil lorongan cantik ketua pasukan TRW Piya. Gol yang telah menggamatkan seluruh stadium dan boleh dikatakan seluruh tempat yang menyaksikan perlawanan ini secara langsung. Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0.


Bermula separuh masa kedua JDT cuba bangkit menyamakan kedudukan namun gagal dan keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat yang menyaksikan Kelantan sekali lagi menjuarai Piala FA untuk kali ke dua berturut-turut. Captain Marvel Piya dianugerahkan Pemain Terbaik Perlawanan.

Tidak seperti tahun lepas, tahun ni aku tidak ke Bukit Jalil. Entah kenapa seminggu sebelum perlawanan aku membuat keputusan untuk tidak turut serta. Walau jauh disudut hati aku ingin sekali bersorak semangat untuk pasukan kesayangan namun aku tetap jua tidak kesana. Ditambah dengan masalah jerebu yang melanda negara dan masalah tiket yang sukar diperolehi membuatkan hatiku semakin tawar walaupun TRW telah menunjukkan prestasi terbaik dengan menewaskan Terengganu dan Pahang dalam aksi Liga Super.

Cuma sehari sebelum perlawanan, (Jumaat 28Jun) hatiku mula berkobar untuk ke sana. Melihatkan konvoi beramai-ramai orang Kelantan ke Bukit Jalil membuatkan aku turut teruja. Namun segalanya sudah terlambat. Masa sudah terlalu suntuk untuk aku kesana. Aku redha dan pasrah. Hanya doa mengirigi pahlawan merah untuk beraksi nanti.

29Jun2013 malam penentuan aku hanya menonton dirumah bersama family melalui siaran HD Astro Maya. Memang HD betul sehingga nampak padang SNBJ sangat tidak cantik. Bukan mengutuk cuma mengatakan fakta. Dengar cite ahad lepas ada konsert kpop kat situ. Mungkin kesannya masih kelihatan huhu. Biasalah tengok kat rumah ni kurang sikit dia punya aura, tak macam kat stadium. Aku pun sebenarnya kurang sihat jadi bersorak ala kadar sahaja. Namun bilasaja wisel penamat ditiup aku masih terdiam. Mata terasa berkaca. Dalam hati berkata Ya Allah Kau telah makbulkan doaku dan doa seluruh rakyat kelantan. Gembiranya aku tidak terucap dengan kata-kata sekadar tercoret di dinding Facebook.hehe. Newsfeed fb penuh dengan segala pujian untuk TRW dan tak kurang jua gurauan sinis kepada JDT.

Walau tidak ke SNBJ, namun aku tetap berpuas hati dengan keseluruhan permainan TRW. Permainan yang boleh dikatakan seperti dulu. Terutamanya Fakri yang menunjukkan peningkatan mendadak. Jauh disudut hatiku berharap beliau akan menjaringkan gol pada malam ni, namun rezeki masih belum berpihak padanya. Suatu perkara yang aku respek tentang dia tatkala melihat ulang tayang, dia menyebut Astagfirullahalazim ketika gagal menjaring gol. Dia telah berusaha keras dan diharapkan terus maju bersama TRW kerana dia juga anak jati kelate.


Tahniah untuk The Red Warriors

Demi Meroh, Demi Maruoh

Selamanya The Red Warriors