Wednesday, June 26, 2013

Random #2

Dah lama rasanya aku tak menulis free style camni, bosan dan tak tahu nak menulis topik apa. Nak cerita pasal hidup pun rasanya takde ape sangat yang berkembang dalam hidup aku. Masih kerja tempat lama, masih lagi melalui rutin yang sama. Bosan.

Sekarang kecoh pasal jerebu. Dari Johor sampai ke Kelantan dilanda jerebu sampai ade beberapa tempat diisyhtiharkan darurat. Mungkin ni ujian Allah supaya kita ni jangn lupa diri dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi.


Pasal bola pulak, tahun ni prestasi The Red Warriors terumbang ambing, namun aku tetap sokong mereka. Cuma tahap kegilaan dah tak macam tahun lepas. Kalau dulu mungkin aku sanggup berhujan di stadium tapi tahun ni macam kurang je perasaan nak berhujan tu.huhu. Baru kejap tadi TRW menang 2-0 lawan Pahang sekaligus melonjak naik tangga ke 5 Liga Super. Kira ok la tu dapat top5. Sabtu ni Final Piala FA lawan JDT. Tapi aku tak ke Bukit Jalil atas sebab-sebab tertentu dan juga kurang kegilaan. Pagi tadi kecoh tiket habis cepat sangat. Aku tak tau nak cakap apa sebab aku memang tak nak pergi awal-awal lagi, tapi aku tetap yakin TRW akan menang dan seterusnya Kekalkan Piala FA di bumi Kelantan untuk setahun lagi.

Kadang-kadang jiwa rasa serabut. Terlalu banyak yang aku inginkan dalam satu masa sehingga aku bingung untuk memilih. kata seorang sahabat " Sabar Wan, setel satu-satu, jangan tamak" Ada betulnya cakap dia. Hidup ni kena sentiasa bersyukur barula akan rasa tenang. Bukan semua perkara yang kita nak kita akan dapat, Allah akan bagi apa yang kita perlu.Hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita....

Ujian Hidup - Imam Muda

Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepada-Nya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingnya

Ku serah takdir di tangan-Nya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya Rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya



~ redha dengan segala ketentuan-Nya ~

2 comments:

Khai♥Rin : anies said...

setuju sgt dgn quotes tu..


knape x trn ke bkt jalil?

Azwan Aziz said...

Anies: xtau la kenapa tahun ni macam takde rasa sangat nak ke bukit jalil, banyak sangat berfikir kot sekarang sampai bola pun tak sempat nak layan hehe