Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, May 19, 2013

Perasaan Yang Sukar Digambarkan

Tahun 2013 memberi banyak kesan pada aku. Tidak seperti 2010-2012 yang agak suram, 2013 ni muncul dengan warna warni yang aku tak terjangka. Memang setiap tahun aku berharap hidup aku akan kembali berwarna warni, namun aku tidak menjangka warnanya seperti ini. Perasaan bercampur baur. Ada suka ada duka ada teruja ada terkilan ada tak sabar ada menyampah dan bermacam lagi perasaan yang malas aku nak senaraikan.

2013 bermula dengan baik, semuanya seakan berjalan lancar kesinambungan dari 2012. Namun ada sedikit masalah di pejabat yang membuatkan aku menyampah. Malas aku nak cerita sebab dah menyampah sangat. lagipun selama ni memang aku tak suka cerita hal kerja aku. (hehe). Lupakan hal sedih. 


16 Februari 2013 genap dua tahun aku bekerja di syarikat tempat aku kerja sekarang. Tarikh tu jugak aku berkenalan dengan si dia. Si dia yang memberi warna bahagia. Perkenalan yang tidak disangka membuahkan bibit cinta yang tak terduga. Mungkinkah doaku selama ini telah dimakbulkan Allah? Entahlah aku tak tahu. Hanya Dia yang tahu rahsia jodoh hamba-Nya. Aku hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segalanya. Aku juga manusia biasa. Perlukan teman seperti insan lain. Berharap agar Dia mengurniakan seorang teman untuk aku terus mengharungi kehidupan mendatang.

Mac bulan yang sangat mencabar. Aku perlu buat keputusan. It's now or never. Nasib baik Allah mempermudahkan segalanya. Istiqarah memberi suatu keyakinan. Lalu termeterai sebuah janji ikatan setia antara aku dan dia. Banyak jugak dugaan yang aku perlu hadapi, perlu aku fikirkan. Namun semua berjalan dengan baik sedikit demi sedikit. Doaku pada Allah tidak pernah putus kerana hanya Dialah penentu segalanya.

April dilalui dengan banyak benda baru. Boleh dikatakan benda yang tidak pernah aku fikirkan selama ini. Berjumpa dengan keluarga si dia adalah salah satu keputusan terbesar dalam hidup aku. Debarannya usah ditanya. Bermacam perkara bermain di fikiran. Pertemuan tak formal itu berjalan lancar. Mungkin ia permulaan yang baik, siapa tahu? Sejujurnya aku tidak pernah terfikir hal ni. Mungkin sebab aku dah lama hidup dalam kesendirian sehingga aku lupa akan realiti kehidupan, aku terlalu lama berada di dunia fantasi.huhu

Mei bermula dengan demam Pilihanraya Umum 13. Kalau dulu aku langsung tak mengambil tahu hal PRU namun kini aku seorang pengundi berdaftar. Aku mula mengambil tahu hak seorang pengundi hak rakyat untuk yang terbaik. Warna-warni PRU13 memang. Media arus perdana VS Internet. Orang tua VS Orang Muda. Aku dapat lihat kebangkitan orang muda, namun belum cukup kuat. PRU13 berakhir dengan beberapa kejutan. Sehingga hari ini orang-orang masih bercakap mengenai PRU13. Ianya mungkin sukar untuk dihentikan kerana dunia hari ini tiada lagi sempadan. Semua orang ada hak bersuara.

Disebalik warna warni, ada jugak warna gelap. Terkadang hati rasa kosong, rasa hampa, rasa kecewa, rasa tak puas hati dan pelbagai rasa negatif. Mungkin dah takdir hidup begini. Bukan selamanya langit akan cerah. Ingatlah sebelum terlambat. Hidup bukan hanya untuk ketawa, bahagia tidak kekal selamanya. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang diberi oleh-Nya. Sesungguhnya semuanya hanyalah pinjaman yang sementara....




~ nobody said it was easy ~

2 comments:

Cik Puan iLa said...

Org kata jodoh tak ke mana.Tgk jela mcm kisah sy dan mungkin kisah org lain lebih suspen..
Semoga dipermudahkan segala urusan ye. ;)

Azwan Aziz said...

Thanks cik ila... hidup ni memang susah nak duga kan... moga2 Allah permudahkan segalanya...