Monday, April 1, 2013

5 Tahun

5 tahun aku menanti
5 tahun aku memendam rasa
5 tahun aku merasai perit
5 tahun hatiku bergelora
5 tahun aku cuba menahan
5 tahun aku berusaha melupakan
5 tahun aku berharap...

Harapan tinggal harapan
Yang dinanti tak kunjung tiba
Yang ditunggu tak muncul jua
Yang diharap entah bila sampainya

5 tahun kemudian
Dia hadir
Seolah cahaya dihujung terowong yang gelap
Memberi aku panduan
Mencari arah bahagia

Seakan mentari yang menyinari
Kau memberi aku harapan
Kau mengembalikan senyumanku
Kau tenangkan jiwa yang gelora

Kepadamu ku berharap
Moga kasih ini kekal
Moga dipermudahkan segalanya
Moga mendapat keberkatan dari-Nya
Moga kasih kita sampai ke Syurga...

31313



~ jodoh rahsia Allah ~

4 comments:

Khai♥Rin : anies said...

Tp 5 thn tu berlalu bagaikn sekelip mata je kn?

P/s sihat ka?

Azwan Aziz said...

Aah 5 tahun macam sekejap je...hehe

Alhamdulilah makin sihat skrg

lama xnmpk anies...hehe

알유니 said...

mudah tapi indah susunan bahasanya :)

Suhaila Zahari said...

Dah lama tak jenguk blog encik azwan ni..hehehe...