Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Monday, March 11, 2013

Takut Untuk Berharap

Hidup memang penuh dengan impian dan harapan. Setiap hari ada sahaja impian yang muncul di minda. Terkadang ia mampu dicapai dan kadang-kadang ia cuma sekadar angan-angan yang jauh sekali untuk dicapai. Bukan menidakkan keinginan, namun ianya kadang-kadang amat menyakitkan. Gagal dalam impian? Salah siapa? Salahkah kita untuk berangan-angan? untuk berharap?

Harapan...harapan menjadi layu.itu lirik lagu. Namun ada benarnya disitu. Kalau dah harapan musnah, maka ia umpama bunga layu yang tiada nilainya lagi. Takkan nak salahkan takdir? Siapa kita nak melawan takdir Tuhan? kita hanya manusia biasa yang mampu berharap. Hanya DIA yang layak tentukan segalanya. 


Menangislah air mata darah sekalipun, kalau dah takdir begitu, memang begitulah jadinya. Namun harus diingat bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ada cerita disebaliknya. Allah dan merancang sebaik-baik rancangan. Cuma mungkin kita yang buta tak nampak hikmahnya. Sememangnya manusia makhluk yang lemah walau dikurniakan akal fikiran kerana disebaliknya terselit nafsu. Hanya Iman mampu mengimbangi antara keduanya.

Fitrah manusia inginkan yang baik semuanya. Namun dunia yang sementara ini bukan begitu sifatnya. Ada putih, ada juga hitamnya. Ada baik dan ada juga buruknya. Di sini manusia diduga antara dua pilihan. Baik dan buruk di depan mata. Tanya Iman atau nafsu? Tidak salah untuk berharap, cuma biarlah harapan itu baik niatnya. 

Kadang-kadang aku rasa takut untuk berharap. Takut untuk hadapi keputusan atas harapan itu. Mungkin saja hati aku dah jadi lemah. Takut nanti hati tidak mampu tahan kekecewaan. Luka dihati bukan mudah untuk sembuh, dan mungkin saja luka dahulu belum pernah sembuh....


~ jangan terlalu berharap, takut nanti terlalu kecewa ~

No comments: