Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, March 6, 2013

Rutin

Bangun pagi, bersiap, pergi kerja, balik kerja, tidur. Itulah rutin yang aku hadapi sejak aku mula bekerja. Bosan memang bosan tapi itulah hakikatnya. Hidup terasa bagai satu pusingan yang terus berpusing mengikut rutin yang sama setiap hari. Tiada pembaharuan, tiada kelainan. Kadang-kadang terasa macam robot yang mengikut arahan yang sama setiap hari.

Terfikir sejenak, sampai bila harus aku lalui rutin ini semua? Sesungguhnya aku mula rasa kosong. Bukan tidak bersyukur, namun aku perlukan sesuatu. Sesuatu yang aku rasa dah lama hilang dalam hidup aku. Entah macamana hendak aku huraikan apakah sesuatu itu, namun ianya terus terbuku dalam hati. Terasa sesak kepala memikirkan. Bukan mudah nak hilangkan dalam kepala kerana ia sentiasa ada di situ. Terus menekan perasaan.

Sungguh aku rindu masa itu, zaman remaja yang indah. Tiada kegusaran, hanya ada tumpuan. Bila bosan ada teman menemani, bila sedih ada teman yang menenangkan. Tidak perlu fikir banyak. kepala tidak terbeban. Ceria sentiasa walau terkadang terselit cerita sedih.

Namun aku harus hadapi semuanya kerana ini pilihan aku. Aku dah pilih jalan ini. Aku dah bertekad untuk melaluinya. Moga Allah permudahkan segalanya... Amin....


~ I wish I was 15 again ~

No comments: