Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Tuesday, January 1, 2013

Pahit Manis 2012

Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk aku masih bernafas sehingga ke hari ni. Dah bertambah tahun Masihi. Macam biasa aku akan buat sedikit review pencapaian aku untuk tahun lepas (2012), suka duka yang aku lalui sepanjang 2012 yang panjang masih sekejap saja dirasakan. Umur yang meningkat dari 25 ke 26.

Aku mulakan dari sudut kerjaya dulu la. Tahun 2012 aku tukar department. Job scope lebih kurang sama je sebenarnya tapi lebih kena dengan diri aku la. Tak naik pangkat dan tidak jugak turun pangkat. Gred masih lagi sama cuma nama jawatan je lain. Tu jela aku cite pasal keje sebab aku tak suka sangat cite pasal kerja haha.


Tahun 2012 juga tahun yang sangat bersejarah untuk pasukan favourite aku, Kelantan The Red Warriors kerana berjaya menjulang Treble untuk pertama kali dengan memenangi 3 Piala iaitu Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Sejarah juga buat diri aku kerana pertama kali menjejakkan kaki ke Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam. Dua kali pergi Final memang tak dapat aku lupakan, dia punya feeling payah nak describe.

Bila nak kahwin?

Tolonglah jangan tanya soalan ni lagi. Tension dah aku rasa. Dan sejujurnya aku tiada jawapan untuk soalan itu memandangkan aku tiada calon untuk dikahwini huhu. Sebenarnya aku ada sedikit terkilan kerana 10 tahun yang dulu aku pernah target untuk kahwin pada umur 26. Dulu aku fikir aku akan habis study umur 23 dan berkerjaya. Kumpul duit dalam 3 tahun dan kahwin umur 26. Tapi itulah kelemahan manusia yang hakiki. Kita hanya merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang kerana hanya Dia yang berhak tentukan segalanya. Dia dah ada rancangan yang kita manusia yang lemah ni tak mampu nak fikir. Aku redha dengan ketentuan-Nya.

Azam tahun 2013?

Aku sebenarnya dah malas nak berazam ni. Bukan nak kata dah putus asa, cuma aku rasa aku perlu realistik. Hidup ikut flow dan berdoa untuk yang terbaik lebih baik rasanya daripada berazam dan tak tercapai pastu kecewa. Cuma aku berniat nak sambung balik cerita Dari Sinar Mata yang dah setengah tahun tertangguh. Sorry sangat-sangat sebab ada sesuatu yang buat aku lost seketika dulu. Aku janji akan sambung sampai habis. Terpulang la pada korang nak baca ke tidak nanti. hee. Nak menulis ni bukan senang. kalau tak kena dengan feel memang sepatah pun takkan dapat ditulis.

Rasanya tu jela kot. Hidup aku ni memang agak bosan sikit,maklumla orang bujang hehe. Selamat Tahun Baru 2013. Moga tahun ni akan lebih baik dari tahun sebelumnya. 


~ in the end, it doesn't even matter ~

3 comments:

Cik Rimau said...

salam.. hehe..
lama xsinggah kat blog org lain sejak da lame mnyepikan diri dari dunia blog ni.. baru harini nak jalan2 sat.. hehe.. sgt stuju dgan part kahwin tu..haha.. letih kot nak jwb bile nak kawen.. huhu.. n part azam tu.. bosan kot asal awal tahun je nak buat azam mcm2 la plak kan.. xperlu kot.. hehehe :p

NMH said...

hehe selalu berazam tapi susah nak buat, kalau tak azam and do it spontaneously more relevant.. hehe

Azwan Aziz said...

cik rimau: soalan part kawen dh masuk kategori soalan membunuh huhu

NMH: dh jadi kebiasaan org kita nk berazam setiap kali tahun baru hehe