Monday, September 24, 2012

Jangan Terlalu Berharap

Setiap daripada kita pasti punya impian dan cita-cita masing-masing. Ada yang bercita-cita tinggi melangit dan ada pula yang sekadar berharap. Ada yang berimpian sampai ke bulan dan ada pula yang berimpian merentas tujuh lautan. Setiap impian dan cita-cita ini bermula dengan angan-angan. Tidak salah untuk berangan namun ianya haruslah realistik, jangan bermimpi untuk ke bulan kalau kita hanya berharap tanpa usaha.


Dalam percintaan pasti kita juga punya impian. Impian untuk membina mahligai cinta bersama jejaka/gadis idaman. Adakalanya kita sekadar menaruh harapan iaitu mencintai dalam diam, dan berharap si dia akan memahami perasaan kita. Adakalanya kita berimpian memiliki seseorang yang jauh tinggi darjat dan lain dunianya dari kita. Hati manusia memang tidak dapat lari daripada perasaan untuk memiliki. Berharap setiap cinta yang dicurahkan akan mendapat balasan. Namun siapalah kita untuk menentukan segalanya?

Terkadang impian kita akan dimakbulkan, dan segala yang kita impikan dapat dicapai. Namun ada ketikanya dimana impian kita tidak dikabulkan. Kita gagal memiliki apa yang kita hajati. Hasrat bersama dia tidak direstui, maka tiadalah jodoh bersamanya. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan segalannya.

Namun jangan kita terlalu kecewa kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Sekiranya permintaan kita tidak ditunaikan tidak bermakna Dia tidak sayangkan kita. Mungkin Dia sedang memberi ujian pada kita sebagai hamba-Nya untuk menguji setahap mana keimanan kita pada-Nya. Mungkin jua Dia sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Setiap peristiwa yang terjadi ada hikmahnya.

Tidak salah untuk berimpian cuma janganlah terlalu berharap....

Salam Cinta,



~ meskipun hatiku rindu, namun takdir telah menentukan segalanya ~

No comments: