Friday, September 7, 2012

Adam & Hawa

Dalam seminggu dua ni ramai yang tengah memperkatakan tentang drama Adam & Hawa. Aku pun mula-mula excited betul bila dengar novel ni akan diadaptasi jadi drama pasal aku memang minat baca novel tulisan Aisya Sofea ni. Adala dalam dua,tiga kali jugak aku ulang baca. Novel ni bagi aku complete jugak la, ada cinta, konflik, keagamaan, keluarga. Jadi bila ada berita mengatakan akan ada sebuah drama dari novel ni aku jadi suka jugak la pasal kalau buat filem mesti tak best macam Ombak Rindu sebab banyak part kena skip.


Namun hatiku hampa bila tengok trailer promo kat youtube. Watak Ain Hawani dipegang oleh Nadiya Nissa yang pada aku memang tak sesuai langsung. Bagi aku patut cari yang lagi muda dan ayu sket. Bukan nak kata dia tak cantik, tapi memang tak kena dengan apa yang digambarkan dalam novel. Aku pilih Fouziah gous, ayu raudhah ataupun Tiz zaqyah (lisa surihani jangan ngengade nak masuk calon jugak..haha). Lepas tengok 2,3 episod rasa tak berapa nak feeling la. Cerita dah bagus, hero dah ok, tapi spoil pulak tang heroin. Layan jela.

Aku sure sekarang yang jenis tak sabar nak tau ending dah pergi kedai buku cari novel ni. Tapi aku memang recommend la kalau sesape nak beli novel ni. Tak rugi. lagi bagus baca novel baru tengok drama. Barula dapat rasa dia punya feeling...hehe...

Sekian dari aku bersiaran langsung dari Bilik Sepi...


~ mencari hawa yang entah bila akan ketemu ~

No comments: