Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, August 30, 2012

Sebelum, Semasa dan Selepas Raya

Sebelum Raya
Macam biasa, dah jadi kewajipan sebelum nak raya kena puasa sebulan dibulan Ramadhan. Tapi dugaan Ramadhan aku tahun ni lain macam sikit. Mula-mula puasa aku tak rasa macam puasa. Pastu aircond kereta rosak pulak. Dah repair aircond, datang pulak surat saman speedtrap. Melayang lagi duit. Baju raya tak beli lagi ni oi! Dahla company tak bagi bonus macam orang keje gomen dapat.


Semasa Raya
Raya tahun ni pun lain macam jugak. Tahun ni aku lagi banyak menghadiri kenduri kawin daripada open house. Tak merasa sangat biskut raya, banyak makan nasi minyak pulak. Dua orang cousin aku kawin. Jadi empat majlis untuk dua-dua pasangan. Dalam gembira ada jugak rasa perit bila dapat soalan yang tak tau jawapannya. Nasib baik sempat jumpa kawan jugak. Cuti seminggu macam sehari je.haha

Selepas Raya
Lepas raya, hidup kembali normal. Menjalani semula kehidupan sediakala. Bangun pagi pergi kerja, tengahari lunch dengan oficemate, petang balik rumah, malam tido.

Disini aku nak ambik kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya kepada sesiapa yang baca entri kali ni. Harap maaf andai ada tersilap atau terkasar bahasa...


~ Selamat Hari Raya ~

No comments: