Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Monday, August 27, 2012

Hanya Tuhan Yang Tahu

Hidup dan kehidupan manusia sememangnya berbeza. Nasib manusia bermula ketika seseorang masih dalam kandungan ibunya. Pabila lahir ke dunia, nasibnya ditentukan oleh siapa yang membesarkannya. Bagaimana ia dicorakkan, begitulah jadinya.

Ada manusia yang dilahirkan dengan segala tuah nikmat dunia, punya segalanya. Ada pula manusia yang dilahirkan dengan serba kekurangan, kurang segalanya. Namun nasib manusia bukannya ditentukan dengan apa yang dimilikinya. Punya segalanya masih belum menjamin bahagia dan kurang segalanya juga tidak membuatkan sedih selamanya.


Bagi yang kurang bernasib baik, melihat kejayaan orang lain pasti membuatkan hati sedikit terluka. Terluka mengenangkan nasib sendiri. Biar puas dicuba, andai nasib tidak memihak, bahagia tetap tidak akan tiba. Bukan menidakkan takdir, namun hati manusia bukanlah sekuat mana untuk melihat bahagia orang lain sedangkan diri sendiri entah dimana bahagianya. Bahagia yang dicari bukanlah semudah yang disangka. Andai punya segalanya sekalipun, bahagia itu belum tentu mampu dimiliki. Namun lebih perit keadaannya bilamana dikatakan tidak mahu mencari bahagia sedangkan sudah puas dicuba mencari bahagia itu. Hanya mampu mengharapkan keajaiban muncul...


"...biarlah dia, siapa suruh dia taknak cari..."

Aku terluka dengan ayat yang dilontarkan ini....
Cilake betol!



~ dihati ini, hanya Tuhan yang tahu ~

No comments: