Ketakutan atas risiko tersalah membuat keputusan seringkali jua menyebabkan aku stress dan tertekan. Tekanan yang disimpan sorang-sorang kadangkala boleh ditahan, namun kadangkala meletus jua. Perasaan hampa dan kecewa tidak mudah utuk disimpan dan seringkali blog ini menjadi tempat ia diluahkan.
Setiap persimpangan yang aku lalui selalunya ada dua arah yang harus dipilih dan kadangkala lebih dari itu. Dan setiap kali itulah jua hati ini gundah gulana. Takut menghadapi kemungkinan kekecewaan atas pilihan arah. Takut menghadapi risiko atas pilihan itu. Sungguh aku penat untuk memilih kerana kadang-kadang aku terpaku terlalu lama di suatu persimpangan sehingga aku keliru dengan pilihan sendiri.
" It's now or never, but it looks like I'm Choosing NEVER..."
~ There's always a dillema when it come for choosing ~
4 comments:
Mcm penyanyi Nora kata..."Persimpan Dilema..."
~ Masa berlalu..tanpaku menyedari..~ hahaha ;p
@ cik ila
amboi pagi2 dah menyanyi...hehe...
sy lak sambung...
it's now or never...is it all..or nothing at all... (by o'town)
Anies: hehe lagu tu mmg nostalgia...
Post a Comment