Wednesday, January 25, 2012

Aktiviti Sosial Gua Di Kelate

Rasanya macam dah lama aku tak update pasal perkembangan diri aku sendiri kat blog ni. Macam biasalah, bukan aku taknak update, cuma hidup aku ni macam agak kosong dan kelam sejak dua,tiga tahun kebelakangan ni. Nak cerita pasal kerja, baik tak payah. Lagi bagus kalau korang tak tau pun aku kerja apa.haha.

Sejak habis belajar, aku pulang semula ke tanah kelahiran aku, negeri Kelantan @ Kelate. Seperti yang sudah sedia maklum, negeri Kelate ni kurang sikit dia punya hiburan macam pusat karaoke ataupun panggung wayang.Paling sosial pun pusat bowling dan snooker je. Aku ni bukannya jenis yang suka bersosial sangat pun. Cuma aku ni suka tengok wayang. Aku suka tengok movie dengan sound yang kemain realnya tu. Kalau aku layan movie dengan sound kuat camtu kat rumah, memang kena halau dengan mak aku la jawabnya. Haha.


Berbalik pada panggung wayang, aku memang kecewa sikit pasal kat kelate takde cinema ni. Nak buat macamana kan dah camtu undang-undangya. Elok jugak untuk mencegah gejala budak-budak muda yang macam cilake buat maksiat dalam panggung.Yang jadi mangsanya penggemar movie macam aku ni.

Kemain panjang pulak intro aku. Ni sebenarnya isi yang nak aku ceritakan. Satu-satunya aktiviti sosial aku di kelate adalah tengok bola di stadium. Ni je aktiviti paling sosial aku buat kat kelate ni. Ni memang aktiviti paling meriah berbanding memancing ataupun duduk tunggu jodoh kat taman bunga.haha. Stadium kelate iaitu Stadium Sultan Muhammad ke-4 @ SSM4. Boleh dikatakan setiap kali game kelate, memang stadium ni full, takpun 3/4 full. Dia punya meriah macam nak sambut tahun baru kat dataran merdeka. Dengan paluan gendang memang tambah semangat. Semangat untuk pemain dan untuk penonton sekali.

Kemeriahan di SSM4 rasanya takkan dapat dirasai di stadium lain. Kebanyakan penyokong pasukan lain cuma penuh time final je, selebihnya hanya berapa kerat je yang datang time game biasa ni. Ada sesetengah orang berkata stadium kelate ni penuh sebab orang kelate takde hiburan lain. Ada betulnya jugak pendapat tu. Macam yang aku bagitau awal-awal tadi, di kelate memang terhad dia punya hiburan. Jadi dengan publisiti yang meluas, sukan bolasepak di kelate jadi lebih meriah berbanding negeri lain.

Gambar ni diambil lepas abis game pasal aku segan nak snap pic time orang ramai...haha
The Red Warriors 2012
SSMIV
Kredit photo to Kelate.net

Sebagai penutup mari kita layan lagu semangat untuk orang-orang kelate semua Sep kito jange pecoh (Puak kita jangan berpecah hahaha)







~ Pride of Kelantan ~

4 comments:

Cik Ila said...

Tunggu jodoh kt taman bunga???

Azwan Aziz said...

@cik ila yang tu jugak nak dikomennya...huhu

Cik Ila said...

Biasa la...kt kite pn dia komen benda mcm tu jgk..kite balas la blk.haha

KhaiRin - anies said...

xde ole2 ka?