Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Friday, April 8, 2011

Di Hati Sunyi, Di Jiwa Hampa

Sejak setahun kebelakangan ni, aku rasa aku mula mengalami sindrom tak tentu arah ataupun dengan kata lain hidup tanpa matlamat. Aku seolah-olah hilang arah tuju. hidup aku terus berlalu mengikut arus peredaran masa tanpa sedikit pun aku menjangka apa yang bakal berlaku seterusnya.

Dulu aku menanam seribu impian sebaik sahaja menamatkan ijazah, namun hidup memang bukan seperti yang kita inginkan. Kadang-kadang aku seolah-olah merasa putus asa untuk meneruskan impian yang suatu ketika dahulu begitu aku inginkan. kadang-kadang juga aku merasakan aku ni macam dah tersalah pilih jalan hidup. Tiasa lagi semangat untuk meneruskan sesuatu yang telah aku mulakan.

Ditambah dengan perasaan sunyi yang membelanggu diri sejak empat tahun dahulu membuatkan aku kadang-kadang merasa dunia ini tidak adil. Melihatkan kebahagiaan orang lain membuatkan aku dilanda suatu perasaan sakit yang sukar digambarkan. Mungkin luka ini tidak berdarah, namun kesannya lebih dari itu dan sangatlah sukar untuk disembuhkan kerana tidak menjumpai ubatnya lagi.

Diri turut merasa hampa dikala cita-cita dan impian tidak mampu digapai. Hampa melihat kejayaan orang lain, hampa melihat usaha sendiri yang masih belum terhasil dan hampa kerana tidak mampu meramalkan masa depan yang semakin kelam tanpa cahaya menyinari.



"...hidup kosong tanpa cerianya warna pelangi..."

1 comment:

Cik Puan iLa said...

Kosong..kosong..-kata Najwa Latiff.haha