Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, October 3, 2013

Random #3

Dah lama aku tak menulis, bukan takde idea, berlambak idea datang, tapi ada sesuatu yang mengekang aku dari terus menulis. Sesuatu yang sukar untuk aku katakan. Menulis memerlukan jiwa, bukan sekadar menaip apa yang terlintas difikiran. Jiwa aku tidak tenteram. Seolah berlaku suatu perkara yang membuatkan jiwa aku melayang entah kemana. Jiwa yang hilang bagai ditiup angin. Aku hilang arah, hilang halatuju. Rancangan yang selama ini aku rencanakan seolah berkecai bagai ombak menghempas pantai.

Aku bukan merajuk, aku terlalu ingin untuk menulis lagi. Masalahnya jiwaku telah aku relakan untuk seseorang lalu dia membawanya pergi bersama cinta yang tidak menjadi, lalu apakah yang tinggal untukku? pedih untuk aku ungkapkan namun itulah hakikat yang harus diterima. Bukan senang nak jalani hidup dalam cahaya yang suram. Aku bukan berputus asa, cuma aku hilang daya.hilang semangat.

Aku cuba mencari semangat yang hilang, namun dimana harus kumula...?




~perlahan-lahan melangkah pulang~

Monday, August 19, 2013

Kenapa?

Kenapa memaksa bila tak suka?
Kenapa memaksa bila tak cinta?
Kenapa memaksa bila tak gembira?
Kenapa memaksa bila tak ketawa?

Sukar melupakan tapi memaafkan,
Sukar melepaskan tapi mengorbankan,

Bila dipaksa membenci,
Bila dipaksa mencaci.
Bila terpaksa kecewa,
Bila terpaksa derita.

Memaafkan mudah,
Melupakan payah.
Melepaskan pahit,
Mengorbankan perit.

Hati tak suka jangan dipaksa,
Hati tak cinta jangan dipaksa,
kerana,
cinta hadir tanpa paksa,
sayang hadir tanpa derita.


Karya asal - Cik Flowery Flower


~ walau hanya seketika, ia tetap kenangan terindah ~

Monday, August 12, 2013

Cerita Yang Tak Sempurna

Cerita bermula dengan perkenalan yang tidak terduga, tidak dirancang. Ia berlaku secara spontan antara sengaja dengan tidak. Ketika itu aku kesunyian inginkan teman dan dia dalam kesedihan juga perlukan teman. Lalu sejarah tercipta. Perkenalan yang tidak dirancang menjadi semakin akrab. Kami banyak berkongsi rasa. Pertemuan pertama kami berlangsung juga secara tiba-tiba. Aku dikejutkan dengan berita dia akan pergi jauh, lalu aku membuat keputusan untuk bersua muka. Ia berjalan dengan baik walau hanya seketika.

Perhubungan kami diuji saat terpaksa terpisah jauh. Namun ia bukannya menghalang malah semakin mengeratkan. Aku menjadi peneman dia meluahkan suka duka di tempat orang yang asing baginya. Aku menjadi peneman sejati kerana terbit rasa bahagia dalam jiwa. Bahagia yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Malah aku berani nyatakan aku sudah jatuh hati padanya namun aku sukar untuk luahkan kerana bagi aku lebih baik diluahkan secara bersemuka. Namun takdir mengatasi segalanya pabila cinta itu terpatri jua walau dalam bentuk pesanan ringkas. Ianya mengungkapkan penyatuan dua hati. Aku rasa akulah insan paling bahagia saat itu. Sungguh aku tak sangka.

Sunday, June 30, 2013

Kelantan Juara Piala FA 2013

2013 Kelantan sekali lagi melangkah ke pentas Final setelah berhempas pulas menewaskan lawan dari pusingan awal sehinggalah separuh akhir menewaskan Terengganu dengan agregat yang cukup tipis. Berdepan lawan dianggap "musuh ketat" ini menjadikan perlawanan Final kali ini antara perlawanan Final yang terhebat. Kelantan mahu memenangi perlwanan kerana telah terlepas Piala Liga Super dan menjaga maruah selaku juara Treble 2012 manakala Johor Darul Takzim ingin memperlihatkan bahawa mereka adalah kuasa baru yang bakal menggegarkan dunia bolasepak tempatan.

Diiringi puluhan ribu penyokong dari kedua-dua pasukan, TRW dan JDT melangkah bergaya di padang. Pemain TRW yang dikatakan sudah berpengalaman di pentas Final kelihatan lebih berkeyakinan berbanding pemain JDT. Sebaik sahaja wisel ditiup, ternyata perlwanan dikuasai oleh TRW dengan beberapa percubaan bahaya dan hasilnya pada minit ke 16 Norfarhan menjaringkan gol hasil lorongan cantik ketua pasukan TRW Piya. Gol yang telah menggamatkan seluruh stadium dan boleh dikatakan seluruh tempat yang menyaksikan perlawanan ini secara langsung. Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0.

Wednesday, June 26, 2013

Random #2

Dah lama rasanya aku tak menulis free style camni, bosan dan tak tahu nak menulis topik apa. Nak cerita pasal hidup pun rasanya takde ape sangat yang berkembang dalam hidup aku. Masih kerja tempat lama, masih lagi melalui rutin yang sama. Bosan.

Sekarang kecoh pasal jerebu. Dari Johor sampai ke Kelantan dilanda jerebu sampai ade beberapa tempat diisyhtiharkan darurat. Mungkin ni ujian Allah supaya kita ni jangn lupa diri dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi.