Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, October 15, 2014

Abe Long

14 Oktober 2009

Masa ni aku tengah praktikal kat Amanah Raya Berhad Kota Bharu. Pagi tu aku pergi kerja macam biasa. Tapi ada suatu yang luar biasa bakal berlaku hari ini. Sesuatu yang akan memberi kesan pada keluarga aku. Semalam kakak aku dimasukkan ke wad sebab dah ada tanda nak bersalin. Tapi sehingga pagi ni dia belum lagi bersalin. Apa yang membuatkan peristiwa ni luarbiasa adalah sebab anak yang bakal dilahirkan merupakan cucu sulung bagi keluarga aku dan juga keluarga mertua kakak aku. Dan apabila dia lahir, aku akan dapat title baru iaitu bapa saudara atau dalam bahasa inggerisnya uncle.

Perasaan teruja jangan cerita, semua orang di pejabat dah tahu. Mereka pun dah tergelak melihat gelagat aku yang umpama bakal bapa tunggu anak sulung. Aku sendiri sukar nak gambarkan perasaan tu. Perasaan teruja yang amat. Seharian aku menanti berita. Sehingga petang jam 4.30 lebih kurang aku menerima berita kelahiran cucu sulung bagi ma dan abah. Tepat jam 5 terus aku bergegas ke hospital. Tak sabar rasanya nak melihat wajah bakal penyambung legasi kami.



Sebaik melihat wajahnya, terasa perasaan yang sangat gembira. Aku panjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana mengurniakan seorang bayi lelaki sempurna untuk kami. Terasa ingin memeluknya namun aku cuma mampu melihat. Dia baru sahaja dilahirkan. Sungguh aku gembira. Dunia kami semua bakal berubah. Bayi tersebut diberi nama Muhammad Nur Iman Syahmi.

Tahun 2010 aku menganggur. Disebabkan Iman dijaga oleh Ma, maka akulah yang turut menjadi babysitter kepada Iman. Aku melihat perkembangannya dari bayi yang tidak tahu apa-apa sehingga dia meniarap dan mampu berjalan. Banyak masa aku dihabiskan bersamanya. Sampai aku merasa dia dah macam anak aku sendiri. Seronok main dengan dia. Dia tough. tak mudah nangis.

Masa ni umur dia belum setahun kot
Masa berganti masa, hari berganti hari, dua tahun kemudian adiknya dilahirkan. Sejak itu kami memanggilnya dengan nama baru, Abe Long. Dia masih membesar dan semalam 14 oktober 2014 usianya telah menjangkau 5 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Semoga Abe Long akan kekal sihat dan membesar menjadi anak yang soleh. Rasa rindu nak tengok dia senyum macam dulu.






~ Terasa panas di mata ~

2 comments:

Cik Puan iLa said...

Mula2 tengok nama tak perasan ada Muhammad kat depan. Duk baca NurIman je.Bila tengok muka nampak lelaki,dgn panggil abe long pulak tu.Bila baca balik,oooo..ada Muhammad kat depan.hehehe

Azwan Aziz said...

Cik Puan Ila: nama dia panjang sket, tu belum campur nama papa dia haha