Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, November 6, 2013

Di Sebalik Final Piala Malaysia 2013

Maaf lambat update sebab aku baru tiba di bumi Kelate

Pasti semua orang dah tahu yang Pahang dah berjaya merampas Piala Malaysia daripada Kelantan pada malam Ahad yang lepas. Aku dah taknak cerita pasal tu. Yang aku nak cerita harini tentang perkara yang terjadi sebelum bermulanya sepak mula Final Piala Malaysia 2013.

Disebabkan aku tidak dapat menghadiri Final Piala FA pada bulan Jun yang lepas, dimana Kelantan berjaya menewaskan JDT 1-0, maka aku telah tanamkan niat dalam hati aku bahawa kalau Kelantan berjaya sekali lagi ke Final Piala Malaysia, aku akan hadir ke stadium walau dengan apa cara sekalipun.

Saingan Piala Malaysia bermula dengan Kelantan diundi dalam kumpulan C yang dikatakan kumpulan maut oleh pemerhati bolasaepak tempatan bersama Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan. Uniknya kumpulan ini dimana ketiga-tiga negeri pantai timur berada dalam kumpulan yang sama. Alhamdullilah Kelantan berjaya melepasi peringkat kumpulan diikuti Pahangsebagai naib juara. Suku akhir yang mendebarkan pabila kelantan terpaksa berdepan JDT dan tewas pada pusingan pertama 4-2. Aku rasa sedikit goyah namun masih yakin kelantan mampu bangkit di tempat sendiri. Sekali lagi kelantan mempamerkan taringnya apabila membelasah JDT 6-1 di stadium keramat Stadium Sultan Muhammad ke 4. Separuh akhir bertemu ATM agak menakutkan kerana pada aku ATM ada potensi sebagai pasukan juara namun takdir masih memihak kepada kelantan apabila berjaya menang 2-1 di selayang dan sekadar seri 2-2 di kota bharu. Perlawanan yang sangat menakutkan dimana ATM hampir berjaya menyingkirkan Kelantan namun gol minit-minit akhir oleh Fakri dan Captain Piya berjaya membawa Kelantan ke Final sekali lagi.


Aku sangatlah gembira kerana impian untuk ke final tercapai jua akhirnya. 30/10/13 tiket mula dijual di shah alam, kelantan dan pahang. Kaunter tiket dijadualkan dibuka jam 3 petang. Jam 2 petang aku dah sampai stadium. Seperti yang dijangka, orang dah mula beratur sampai ke jalan raya. Ada yang beratur sejak pagi lagi. Aku dah mula rasa putus asa. Kalau macam ni gayanya macam aku tak dapat je tiket. Dahla panas terik. Tapi aku akhirnya tetap beratur. Demi untuk menyaksikan final di depan mata, aku sanggup jua berpanas demi untuk mendapatkan tiket. Mula-mula okey je, tapi bila pagar dekat kaunter runtuh, orang ramai mula berpusu-pusu berebut masuk. Aku yang beratur dengan penuh disiplin ni akhirnya pulang dengan tangan kosong selepas sejam lebih beratur. Betapa hampanya aku Tuhan saja yang tahu. Aku yang selama ni menyokong jatuh bangun pasukan tidak dapat menyaksikan perlawanan final di stadium shah alam.

Esoknya aku dapat berita gembira. Abah dapat 2 tiket daripada kawannya. Jadi kami berdua akan turun jugak ke stadium shah alam. 2 lagi tiket aku beli dari sepupu aku. 2/11/13 aku menaiki bas Sani express ke shah alam bersama abah. Malas aku nak drive jauh-jauh begini. Lagipun adik aku memang dah ada kat shah alam. Sejam sebelum naik bas, aku dilanda satu perasaan pelik. Tiba-tiba aku rasa macam taknak pergi selepas segalanya beres. Hati aku macam mengatakan tak payah pergi sana. Tapi aku tepis jauh-jauh perasaan tu selepas melihat tiket final. Pukul 9.30 kami menaiki bas dari Pasir Puteh. Dalam pukul 12.30tiba-tiba bas berhenti secara mengejut. Enjin bas tiba-tiba mati. Semua penumpang macam panik je sebab driver tu pun macam panik je. Selang beberapa minit, sebuah bas berhenti. Driver bas lagi satu tolong datang check. Rupanya bas habis minyak. Apa punya bangang la driver ni lupa nak isi minyak? sepanjang aku naik bas sejak umur 18tahun tak pernah aku alami peritiwa bas habis minyak.Abah aku cakap, "ni macam petanda buruk je". Nasib baik ada satu bas belakang yang kosong. Kami pun naik la bas tu sampai ke shah alam.

Esoknya 3/11/13 hari perlawanan. Pukul 4 kami dah sampai stadium. Berjalan agak jauh jugak. Aku kesian kat abah je. Tapi dia yang nak ikut. Pukul4.30 masuk stadium alangkah terkejutnya aku sebab seat untuk penyokong kelantan dah hampir penuh. Yang tinggal seat bawah-bawah je. Kalau hujan confirm basah kuyup. Nasib baik sepupu aku dah reserve tempat. Dapat la jugak seat yang ada bumbung walau sikit je. Dalam pukul 6.30 tiba-tiba hujan turun. aku terkena jugak tempias. Menggigil jugak aku nak menunggu sepak mula 8.45. Tiba-tiba ada satu pasangan mat saleh datang. Diorang pakai jersi kelantan. Bersemangat jugak dia menyokong.

8.45malam wisel dibunyikan dan perlawan dimulakan. Aku berdebar dalam kesejukan. Sumpah aku tak yakin kelantan menang. Tapi tetap yakinkan hati. Tapi ternyata pahang lebih menyerlah. Separuh masa pertama berakhir 0-0. Kitorang masih mampu bergelak ketawa sambil tengok awek yang lalu-lalang. Ramai pulak awek yang datang. Dari yang dressing okey sampai yang dressing macam celaka sume ada. Separuh masa kedua bermula namun kelantan masih tidak garang macam selalu. Semacam ada yang tidak kena. Akhirnya pahang dapat gol pada minit ke 58. Terus terdiam semua  fan kelantan. Seakan terpaku dan tidak percaya sementara fan pahang terus kuat bersorok. kami semua terpaku sehingga wisel penamat. Aku kecewa betul. Jauh aku datang, berbagai ranjau aku lalui tapi akhirnya kelantan tewas 1-0. kami semua terus berlalu tanpa menunggu upacara penyerahan piala. Seakan semuanya tiada makna lagi. Dapat penat je.

Bial terfikir balik, gerak hati aku yang menyatakan tak payah pergi shah alam tepat jua bilamana kedatangan aku ke shah alam kali ni membawa balik kenangan pahit.Walau apapun aku tetap menyokong The Red Warriors... jumpa lagi musim 2014...

Hujan ribut panas terik badai taufan
Jiwa kami tetap teguh sama kelantan
Walau jatuh walau bangun berhalangan
Kalah menang tetap terus perjuangan...

#SelamanyaTheRedWarriors

We are The Red Warriors


~ Walau pahit kutelan jua ~



2 comments:

Anonymous said...

Hahaha...

Zinedine Zaiddin said...

Ala cerita panjang-panjang, gambo nya satu aje?

Buh la banyak skek

From: Bila Karipap Boleh Bercakap