Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, May 31, 2012

26 akhirnya...

Didahulukan dengan ucapan syukur Alhamdullillah kerana masih diberi hayat oleh-Nya untuk masih menghirup udara pagi 31 Mei 2012 dan masih diberi keupayaan untuk menaip entri ringkas dalam blog yang serba kekurangan ini.

Dalam masa 26 tahun ni, rasanya telah banyak fasa yang aku lalui bermula dari lahirnya aku ke dunia sehingga ke hari ini. Banyak juga pengalaman hidup asam garam kehidupan yang telah aku timba. Pahit manis kehidupan yang mewarnai suka duka perjalanan hidup yang tidak menentu. Malah boleh dikatakan aku antara insan yang bertuah kerana dikurniakan keluarga yang menyayangi, sahabat yang memahami dan orang sekeliling yang jarang mendukacitakan.

10 tahun dulu aku pernah menanam satu cita-cita yang bakal merubah kehidupan seorang lelaki bujang sebaik sahaja aku melangkah ke usia 26 tahun. Namun cita-cita itu seakan masih kabur dan amat sukar dicapai biarpun masa masih berbaki 6 bulan. Mungkin inilah yang dikatakan " kita hanya merancang, Allah yang menentukan". Terkadang aku pasrah, terkadang aku kecewa. Namun aku harus redha kerana ini semua ketentuan dari-Nya. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Mungkin jua Dia telah merencanakan suatu yang lebih baik dari yang aku impikan.

Apabila melewati garis 25, aku mula berasa yang hidup ini bukan sekadar pergi sekolah, masuk U, cari keje yang bagus dan hidup bahagia. Realiti tidak semudah ini. Dan bahagia juga tidak akan datang semudah itu. Usaha itu penting kerana setiap yang diperolehi tidak akan datang tanpa usaha. 

Hidup perlu diteruskan untuk terus mencari sinar kebahagiaan hakiki....

Artist: Ukays
Title: Bila Diri Disayangi




Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu


Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu


Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri


Keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir...

~ 26 is just 25+1 ~


1 comment:

dear anies said...

happy birthday...

there's still a loooong journey ahead u..