Tuesday, May 29, 2012

Milik siapakah gadis berbaju kurung ungu itu?

Ini merupakan kisah benar, bukannya cerpen seperti yang biasa aku tulis. Ceritanya bermula begini...

Setiap hari aku pasti akan lunch dengan ofismate aku tak kira berlima, berempat, bertiga mahupun cuma berdua. Namun semuanya berubah hari ni bilamana tiba-tiba semua orang ada hal dan aku terpaksa makan sorang-sorang. Nak ajak awek, takde awek pulak. cilake betul. Aku ni paling malas kalau makan sorang-sorang. Takkan nak order pizza delivery pastu makan kat opis plak, nanti orang cakap aku pathetic plak. Buntu betul rasanya.

Tanpa buang masa dan tenaga, aku terus masuk kereta. Dalam kepala memang takde destinasi langsung nak dituju. Jalan pulak jam semacam je. Budak sekolah yang cuti, kenapa mesti jalan jadi jam? Damn. Dahla perut tengah lapar. Tengah aku ronda-ronda, maka aku tiba di foodcourt dekat stadium. Aku ingat nak makan situ je sebab mudah nak parking. Time-time camni memang aku redah je la. Asalkan dapat makan. Aku round cari kedai yang nampak menarik sikit pasal kat sini ada banyak kedai makan, dah nama pun foodcourt kan.


Lepas pusing lebih kurang, aku pun dudukla kat satu kedai tu. Mula-mula aku saje je duk situ sebab nampak macam kemas sket. Sekali yang datang ambik order cun gile. Dahla pakai baju kurung sepasang dengan tudung warna ungu. Aku terkedu seketika. Tiba-tiba rasa macam lagu KRU- Oh La La yang berbunyi "...sekali ku terpandang selamanya merindu..." Dalam fikirang dah terdetik milik siapakah gadis berbaju kurung ungu ni? Sampai dua kali jugak dia tanya aku nak makan apa. Spontan je aku tersebut nasi ayam. Nasib baik ada dalam menu. haha. Pastu dia berlalu dengan senyuman yang buat aku kenyang walaupun belum makan lagi.

Lebih kurang 10 minit dia muncul balik dengan bawak aku punya nasi ayam dan nescafe ais. Tengah makan memang aku asyik pandang dia je. Dahla masa tu takde orang sangat. Harap-harap dia tak sedar aku usha dia. haha. Aku saja makan lambat-lambat dengan harapan dapat tengok dia lama-lama. Tapi kalau dah makan mesti habis jugak kan? Bila dah habis aku kena la bayar. Time suruh dia kira tu aku pandang dia je. dia buat dek je. Mungkin dah biasa di usha oleh lelaki-lelaki yang datang kedai  dia tu.

Lepas bayar ingat nak buat skill mintak tisu ade no phone, tapi entah kenapa aku rasa segan gila. Mungkin sebab mak dia tengah pandang dari belakang. haha. Lalu aku blah camtu je. Namun senyumannya masih melekat di fikiran. Mungkin esok aku akan datang makan sini lagi. hahaha...


KRU - Oh la la

Khabar-khabarnya bukanlah calang wanita
Aku terpesona dengan lirikan matanya
Oh aku bukannya mudah untuk jatuh cinta
Tapi kini kupercaya cinta pandang pertama

Hei wanita lihat apa telah kau lakukan
Aku hanyut dalam khayalan
Gerak gaya dansamu menggoda
Sukar untuk dilupakan siang malam kufikirkan
Kau Buat Kukata... Ooh! La! La! La! La!
Setiap Masa... Ooh! La! La! La! La!
Bicara Mempesona... Ooh! La! La! La! La!
Mana Saja Kau Di Minda... Ooh! La! La! La! La!

Uuh jelita
Hatiku telah kau curi dan kurela
Ingin bersama walau dalam lena
Dan aku bukannya mudah untuk jatuh cinta
Sekali kuterpandangmu selamanya merindu

Kau punya reputasi sehangat api
Menjadi tarikan mata walau dimana
Kehebatanmu hmm... sering diperkata
Sudah pasti kutergoda bila bertentang mata
Ekspresi ku ini tentunya dikau mengerti
Moga hasrat di hati kan merealisasi
Tetap harap cinta kan menggerlap
Makin wajahmu kutatap semakin kuterperangkap
Yang ku alami mungkin misteri
Ketika ini
Mungkinkah sudah ku jatuh cinta
Yeah dapatkah kau rasakan apa yang kurasa

Oh tak pernah tak bisa ku kawal diriku
Separuh nyawa aku merindu
Ku berdebar bila bersemuka
Ku tidak tahu mengapa reaksiku yang ketara...



~ terasa jantung berdebar-debar ~

1 comment:

KhaiRin : anies said...

org kata, kalau malu sesat jalan...