Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, March 29, 2012

Mimpi Yang Pelik

Orang kata mimpi ni mainan tidur. Ada jugak yang kata mimpi ni suatu petanda. Walau apa jua yang tersirat di sebalik mimpi, ia tetap boleh mengganggu kehidupan seseorang. Andai kita terlalu memikirkan tentang suatu mimpi yang dialami, mungkin ia boleh mengganggu jiwa.

Dua hari lepas aku bermimpi. Mimpi yang agak pelik. Dalam mimpi aku, dia kembali muncul. Bekas kekasih yang telah lama aku lupakan. Lebih memeranjatkan dalam mimpi tersebut, aku sedang berada dihadapan Tok Kadi. Aku bakal bernikah dengan dia. Sebaik sahaja aku selesai akad nikah dengan sekali lafaz, semua orang gembira. Bila aku memandang wajahnya, sesuatu yang mengejutkan bagiku. Riak mukanya menyatakan dia tidak rela. Dan mungkin dia tidak setuju langsung dengan pernikahan ini. Tiba-tiba aku tersedar. Tengok jam, pukul 5.40pagi.


Aku termenung sehingga Subuh. Aku tak tahu kenapa dia boleh muncul dalam mimpi aku. Pernah aku terdengar seseorang menyatakan kita akan bermimpi sesuatu yang kita selalu fikirkan. Tapi yang anehnya, aku langsung tidak terfikirkan dia. Rasanya dah hampir 7tahun kami tidak bertemu.

Disebabkan rasa ingin tahu, aku segera search profile FB dia. Tak susah mana nak cari. Dan aku jumpa. Dia kelihatan gembira disamping suami dan sepasang anak kembar. Terkedu aku seketika. Dia dah melangkah sejauh itu, sedangkan aku masih sendiri. Mungkin mimpi itu ingin menyatakan bahawa dia lebih bahagia bersama orang lain daripada bersama denganku. Aku pasrah dengan takdir-Nya kerana aku tahu DIA telah mengaturkan yang sebaiknya untuk setiap hamba-Nya. Mungkin saja masa ku belum tiba...



~ being someone's first love may be great, but to be their last is beyond perfect ~

4 comments:

Cik Puan iLa said...

Bersabarlah wahai hati...

Azwan Aziz said...

Cik ila: sedang cuba menyabarkan hati...

dear anies said...

insya allah pasti ada nnt

ejam said...

mungkin jodoh kau nanti lebih baik :)