Monday, March 26, 2012

Cerita Kura-kura

Malam semalam aku tengokla filem Cinta kura-kura. Aku bukan nak tengok sangat sebenarnya, cuma nak tengok Tiz Zaqyah yang cute tu je. Hero dia memang hampeh aku tak minat. Aku download je filem ni pasal kat kelate ni takde pawagam. hehe. Ceritanya ok la. Standard cerita kru studios, memang grafik cun. Lagu pun sedap-sedap. Tak rugi jugak la tengok.

Dipendekkan cerita, sewaktu aku balik kerja tadi, macam biasa la drive laju sikit. Aku memang selalu macam tu, time nak gi keja, drive kemain slow, tapi bila time balik je mesti laju.haha. Tengah aku sedap-sedap cilok mencilok, tiba-tiba aku nampak seketul batu kat tengah jalan. Masa tu aku drive slow je, dalam 120km/j.
Aku dah menyumpah dalam hati, " sape pulak yang letak batu besar kat tengah-tengah jalan ni?". Nak brek macam dah tak sempat. Bila sampai je dekat ngan batu tersebut, terkejut aku dibuatnya. Rupanya yang aku sangkakn batu tu sebenarnya seekor kura-kura yang tengah melintas jalan dengan speed kura-kura.Nasib baik aku sempat elak. Kalau tak, mau berpusing kereta aku sebab langgar kura-kura.

Dia punya saiz, sebijik macam saiz Nico (nama kura-kura dalam cite tu). Tapi takkan aku nak berenti kutip pulak. Aku dapat elak pun dah kira nasib baik. haha. Lepas tu aku terfikir pulak, manala tau kot-kot tuan punya kura-kura tu cute macam Tiz, rugi pulak rasanya tak pergi selamatkan kura-kura tu tadi. haha. Tapi kejap jela aku fikir camtu, pastu aku terus pecut balik rumah. Tido lagi bagus. haha.



~ biar lambat asal selamat ~

4 comments:

KhaiRin : anies said...

hahahahhaah mcm2

Kesilapan Dalam Filem CINTA KURA KURA (klik) said...

hahaha

Limin said...

ala.. standard la tu.. ahahaha

ejam said...

blom tengok lagi filem ni, nanti nak download ler..haha