Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, June 1, 2011

Suku Abad Telah Berlalu

Rasanya sudah lama aku tidak merasai perasaan ini - perasaan seolah-olah hari esok aku akan berubah menjadi orang lain. Pertama kali merasainya ketika aku melangkah ke umur yang ke-20 tahun. Ianya seperti aku akan berubah meninggalkan zaman kanak-kanak yang ceria seperti Astro Ceria.hee. Ketika itu ada sedikit rasa takut. Aku seolah tidak percaya betapa cepatnya masa yang berlalu meninggalkan aku tanpa aku sedari.

Itu cerita 5 tahun dulu- Ketika aku masih mencari arah tuju hidup. Sekarang selepas 5 tahun berlalu, 31 mei datang lagi pada 2011. Perasaan yang aku rasa ketika itu kembali memenuhi segenap ruang hati. Terasa seolah akan berlaku suatu perubahan besar dalam hidup aku. 25 tahun atau suku abad telah berlalu. Meskipun ianya cuma sekadar angka yang sentiasa bertambah, namun ia juga menunjukkan betapa kita mungkin tidak akan lama lagi menghirup oksigen di bumi sementara ini. Terfikir aku sejenak.

Dalam usia yang sudah menganjak kematangan, hidup aku juga dipenuhi dengan isu-isu yang perlu aku tangani dengan penuh kematangan. Soal kerja, hidup dan cinta sering menjadi persoalan utama dalam benak fikiran. Setiap hari aku memikirkannya. Apatah lagi melihat kawan-kawan yang mula melangkah ke tahap yang seterusnya. Tipu kalau aku katakan aku tidak punya keinginan yang sama.

Terima kasih atas semua Birthday wishes samada melalui sms atau FB, aku amat menghargainya. Ia membuatkan aku tersenyum sendiri. Hee



25 and still.... alone...

2 comments:

Cik Puan iLa said...

mana gmbr umur 25?hehehehe

Azwan Aziz said...

Gmbr? segan la nk tunjuk...haha