Wednesday, February 9, 2011

Impian YanG MenJadi Satu HaraPan






Arini aku nak story pasal satu drama Melayu kita.. Selalu asyik dok review pasal drama-drama Jepun, Korea, English TV Series je. Sebenarnya banyak drama Melayu yang berkualiti dan bagus untuk ditonton. Walaupun industri drama sekarang ni banyak dilimpahkan dengan drama seram (takde mesej langsung) dan lawak keterlaluan (kadang-kadang sampai menghina orang pun ada).

Okey, drama yang aku nak review kali ni tak lain tak bukan, macam poster diatas. Gemilang judul diberi. Mula-mula aku malas nak tengok sebab menyampah dengan pelakon utama drama ni Shah Jazle (aku tak jeles ye). Tapi aku tengok banyak review yang kata drama ni bagus. Aku pun cuba check sinopsis dan tengok sape pengarahnya. Rupanya Kabir Bhatia yang kuarkan drama ni. Patutla orang cakap best. Disebabkan aku dah terlepas episod pertama, maka aku pun cari la tempat download di internet.. Lalu aku segera layan drama ni.

Apa yang dapat aku kata? Aku hampir menangis tengok episod satu ni. Kisah asal usul seorang kanak-kanak yang hilang segalanya disebabkan kemiskinan. Kegigihan dia untuk teruskan hidup selepas Ibu bapanya meninggal dan adik-adiknya terpaksa diserahkan pada keluarga angkat. Aku juga kagum dengan pelakon yang membawa watak Lah masa kecik, Naim Daniel. Tersentuh betul jiwa sentimental aku.

Jadi kepada yang belum menonton, aku sarankan anda semua menonton drama ni sebab drama ni bukanlah sebuah drama kosong untuk hiburan semata-mata, ada mesej tersirat yang cuba disampaikan.

.:.Tiz Zaqyah turut menyerikan drama ni..hee

5 comments:

Luffy said...

i suke jugak tiz zaqyah..comel jew..hikhik

miss.Bed said...

kipas susah mati tiz zaqyah yer

Azwan Aziz said...

Luffy: comel ke?haha

miss.bed: minat la sket2..hehe

W said...

w tgk cerita tu pun sbb ad tiz zqyah je.. kalau tak, pndg sblah mata je.. hehee~

Kakkoii said...

minat sgt gemilang.... huhuhu tp sayang selalu miss! kelas malam isnin tuh! aargh