Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Monday, February 14, 2011

Antara Kita

Kerana waktu teramat cepat berlalu
Simpan bayangku dalam hatimu
Juga kenangan yang kita ada
Bimbang nanti tiada waktu
Untuk kita kembali bersama
Menatap langit jingga
Disisip bicara jiwa...

Dalam usia yang hampir menganjak ke usia yang kedua puluh lima,tidak pernah sekalipun aku menyangka inilah jalan yang aku lalui. Tidak pernah aku terfikir untuk bertemu rakan-rakan yang amat menggembirakan. Dan tidak pernah jua aku berfikir bahawa aku akan menemui lawan-lawan yang amat menyakitkan. Malah aku juga tidak tahu bahawa pada saat dan ketika ini aku bakal ditakdirkan untuk berada disini. Semuanya kerana aku hanyalah manusia biasa. Makhluk yang serba lemah tapi angkuh.Aku tidak tahu apa yang bakal terjadi esok. Semuanya teramat misteri untuk diungkapkan...

Terkadang aku mengimbas kembali sejarah silam. Kutelusuri setiap jalan-jalan yang pernah aku lalui. Aku mengamati setiap peristiwa manis mahupun pahit. Seolah-olah peristiwa itu baru semalam berlaku. begitu cepat masa meninggalkan manusia yang alpa sepertiku. Sungguh aku tak menyangka....

Pabila aku teringatkan kenangan manis bersama teman-teman, aku seolah ingin kembali ke zaman itu.Bersama-sama mengejar ilmu demi sebuah cita-cita....

Dan aku...
Terus menghadapi hari-hari yang bakal mendatang. Juga demi sebuah cita-cita....



.:. I Don't like to take Right decision, I Take decision and make them Right...

No comments: