Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, April 5, 2012

Our Team, Our Pride

3-0 BRO!


04-04-2012 - Mohammad Ghaddar berjaya menjulang Kelantan dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Piala Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC Cup) Setelah berjaya mencipta 3 gol untuk menewaskan Arema FC dari Indonesia di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Kejayaan itu sekaligus membuktikan bahawa ghaddar masih lagi seorang penyerang berbisa yang bakal mengubah nasib Kelantan di masa hadapan.

Berbekalkan tiket tempat terbuka yang berharga RM15 yang dibeli oleh sepupu aku (sebab aku busy gile
semalam, sampai tak sempat keluar gi beli tiket), aku melangkah memasuki stadium. Kawalan keselamatan malam ni nampak lain macam sikit. Mungkin sebab ni game taraf antarabangsa, maka kenala jaga standardnya. Namun aku sedikit kecewa dengan kehadiran penonton sebab stadium tak penuh macam biasa. Mungkin kerana RTM menyiarkan perlawanan malam ni secara live, menyebabkan segelintir penyokong memilih untuk menyaksikan di rumah sambil makan keropok. Tapi bagi aku suasana di stadium lebh bermakna. Dia punya feel memang payah aku nak describe. Kepuasan lebih terasa bila tengok live depan mata.

Pukul 8.45pm sepak mula dimulakan. Di awal perlawanan aku tengok seimbang je. Risau jugak tengok serangan-serangan dari team lawan. Pukulan gendang buat suasana makin mendebarkan. Budak-budak Ultras pun ramai malam ni. Semangat macam selalu. Kadang-kadang aku rasa macam nak join Ultras jugak, tapi segan pulak. hahaha. Ultras Arema pun ada datang jugak. Adala dalam 15orang kot. Salute kat dorang sebab datang dari jauh semata-mata nak sokong team diaorang.
Ultras Kelate VS Ultras Arema

Minit ke 23, Ghaddar menjaringkan gol pertama dengan gerakan solo. Aku punya gembira sampai rasa macam nak menangis.huhu. Akhirnya Ghaddar menjaringkan gol padang pertama. Memang sangat istimewa. Gol kedua dijaringkan selepas seminit bermula separuh masa kedua. Ghaddar sekali lagi menggembirakan penyokong Kelantan. Kedukaan Arema ditambah lagi apabila Ghaddar menyempurkan hantaran Syahrul Azim untuk memastikan kelantan menang selesa 3-0.

Walaubagaimanapun, disebalik kegembiraan ini, ada jugak berita sedih lagi pahit. Tan Sri Anuar Musa, Presiden KAFA dijatuhkan hukuman gantung 30bulan dari sebarang aktiviti bolasepak yang meyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan Timbalan Presiden FAM dan Presiden KAFA. Sejujurnya aku tak kisah sangat dengan jawatan beliau di FAM, cuma aku  risaukan KAFA dan seluruh penyokong Kelantan akan kehilangan orang yang banyak berjasa manaikkan Bolasepak di Kelantan. Bagaimana dengan nasib KAFA selepas ini? Banyak persoalan yang akan timbul. Inilah angkara orang yang dengki dengan pasukan kelantan sehingga sanggup menggunakan kuasa untuk menjatuhkan TSAM dan bolasepak Kelantan. Namun kami tidak akan sekali-kali mengalah. 

SELAMANYA THE RED WARRIORS!

Kredit photo:

2 comments:

dear anies said...

amboi g x ajk pon hehehe

Azwan Aziz said...

lupa nak ajak...hehe