Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, February 29, 2012

I'm not that person anymore

Amaran: Ini adalah entri emo. Sila jangan baca jika anda seorang yang mudah berkecil hati. Tiada kena mengena dengan sesiapa pun...

Dulu aku ni seorang yang suka mendengar, suka jugak bagi nasihat walaupun kadang-kadang hidup aku sendiri tak menentu. Aku pun tak tahu mana datangnya sifat suka mendengar aku tu. Mungkin jua ia lahir dari jiwa sentimental aku ni. Disebabkan itu jugak aku ada ramai kawan  perempuan. Orang perempuan ni jenis jiwa halus sikit. Bila kita mendengar masalah atau luahan mereka, mereka akan rasa dihargai. Tapi setakat jadi kawan jela. Takde pulak yang nak jadi awek aku pun.

Bila masuk Universiti, aku join Pembimbing Rakan Siswa @ PRS. Konsepnya sama jugak dengan PRS sekolah tu, cuma ia disesuaikan dengan peringkat umur budak U. Masa tu memang aku belajar banyak skill dalam bidang Kaunseling ni. Boleh dikatakan aku ni jadi tempat mengadu ramai kawan aku. Aku suka sebenarnya boleh tolong orang ni, walaupun hanya tolong bagi nasihat je.


Tapi selepas sahaja aku tamat pengajian, aku mula jadi serabut. Serabut sebab takde keje, susah nak cari kerja. Ditambah dengan situasi cemburu dengan kejayaan kawan-kawan membuatkan aku stress. Walaupun aku dah boleh hafal kaedah Stress Management, namun ia seakan debu yang dibawa angin lalu. Langsung tiada kesan dijiwa.

Bila dah selalu sangat stress ni, aku mula rasa malas nak jumpa sape-sape. walaupun henpon aku ada dua, namun dua-dua sepi. Kecuali iklan celcom dan hotlink je yang selalu masuk. Sesekali ada jugak kawan lama yang sms aku. Suka jugak aku bila dapat sms diorang. Namun bila aku tahu tujuannya cuma nak meluahkan masalah, aku jadi bosan. Kenapa masa susah je cari aku? Masa senang bergembira tak pernah tanya khabar pun. Bukan aku taknak jadi kawan yang sentiasa ada ketika susah dan senang, cuma aku terkilan mereka cuma ingat aku time susah je. Aku pun manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Ada jugak naluri untuk dihargai. Dengan keadaan aku yang banyak masalah ni, aku jadi macam tertekan bila dapat sms kawan yang nak meluahkan masalah. Sampai satu ketika aku update status FB dengan ayat camni

"...please dont find me only when you have problem..."

Bukan nak tuju pada sape-sape, cuma aku harap kawan-kawan dapat faham masalah aku. Bukan aku taknak tolong, cuma aku sendiri tengah cuba untuk tolong diri sendiri. Maaf andai ada yang terasa. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa.


~ bukan senang mencari sebuah keikhlasan ~

3 comments:

NUR SYAMILAH BINTI RASHID said...

chill la abg a.a..good frens are like stars.u dont always see them but u know they're always there.heee:D lame x komen kt cni.kui3

Azwan Aziz said...

waa cikgu mila...lama btol xnmpk.. thanks 4 ur advice..hee :)

NUR SYAMILAH BINTI RASHID said...

haha.lame dh mghilang gara2 praktikal.hihi.no biggies lah.hehe:)