Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, May 5, 2011

Bermula Dari Bawah

Interview aku bersama beberapa orang responden mengenai apa yang mereka faham tentang "Bermula dari bawah".

"bermula dari bawah ni maknanya naik slow-slow macam naik tangga" - kak azimah, pengusaha kedai makan

"lebih kurang macam gua pecut masa race la bro, mula dari gear bawah dulu" - Kerol, mat rempit sejati

"macam nak beli kereta la, kena bayar down-payment dulu" - Ismail, jurujual kereta

"gua stat melukis dari bawah ke atas" -Fendi, pelukis jalanan

"melentur buluh biarlah dari rebungnya" - tanpa nama


Dalam banyak-banyak pendapat diatas, aku tak tahu mana satu yang paling betul. Bagi aku konsep bermula dari bawah ni ada baik buruknya. Yang baiknya, dapat banyak pengalaman dan tak mudah kena tipu di kemudian hari. Yang buruknya, kena buat kerja setaraf orang bawahan biarpun ada kelulusan yang lebih tinggi. 

Sesetengah orang cakap, ada pengalaman barula boleh jadi hebat. Tapi bagi aku pengalaman boleh cari, tapi nak dapat sekeping ijazah bukan senang. Paling kurang 3 tahun dok Universiti, ribuan duit kena habiskan.

Apa motif entri kali ini? entahla...haha



Don't simply judging me if not really know who the real me...

Friday, April 29, 2011

Aku nak menulis, tapi...

Dah agak lama rasanya aku tak menulis cerpen, dah lama jugak idea-idea yang ada dalam kepala aku ni tak diluahkan. Rasa macam sakit hati pun ada jugak bila aku tak mampu nak menulis segala idea-idea yang kadang-kadang datang mencurah-curah tanpa mampu aku bendung.huhu.

Sejak bulan 11 tahun lepas, aku dapat 1 idea baru. Idea yang aku rasa boleh buat siri panjang dan mungkin boleh tulis novel. Namun pada masa tu aku tangguhkan dulu atas sebab-sebab tertentu. Tapi aku sentiasa berniat dalam hati, suatu hari nanti aku pasti menulis lagi. Namun sampai ke hari ni aku masih tidak menulis. Memulakan sesuatu memang susah. Ditambah dengan keadaan diri aku sekarang yang agak tidak bermotivasi.. (korang boleh agak kenapa aku macam ni bila korang baca 2,3 post aku yang sebelum ni).

Aku ada jugak menulis sedikit cerita merapu, awak yang langgar saya dulu dan gadis bertudung merah. Aku pun ada niat jugak nak sambung kedua-dua cerita ni walaupun pada mulanya aku sekadar menulis mengikut imaginasi suka-suka.hehe.





Doakan aku supaya ada masa untuk menulis lagi... :)

Wednesday, April 27, 2011

Tapi dia awek orang bro!

Di suatu petang yang tak berapa nak bahagia

"Kau ni kenapa bro? aku tengok macam dah nak tembus dinding tu kau tenung."

"Aku ada masalah jiwa sikit bro"

"Eh biar betul kau ni sakit jiwa?  Bahaya ni"

"Bukan sakit jiwa tu la, masalah hati dan perasaan aku ni"

"Ooo cakapla camtu.Ni mesti masalah awek kan?

"A'ah aku ada berkenan kat sorang awek ni, tapi...

"Tapi ape?"

"Tapi dia awek orang bro"

"Alah baru awek, bukan bini orang lagi.Sekarang ni bini orang pun orang kebas, inikan pulak baru jadi awek"

"Tak baik camtu bro, aku tak suka"

"Kau try la dulu, kalau dia tak layan, kau cari lain la"

"Taknak la, bayangkan kalau orang nak cantas awek kau, mesti kau marah kan?"

"Mestila marah!"

'Tau pun marah"

"So kau nak buat apa sekarang?"

"Terpaksa la aku layan lagu Cinta Dalam Hati je..."








"...Mengagumi tanpa dicintai..."

Thursday, April 14, 2011

Senyum Mu Enggan Pergi


Aku mengenalinya hanya seketika, namun terkesan di hati

Pertama kali melihat senyumannya, degupan jantung berlagu pantas

Terkedu aku seketika dengan keindahan ciptaan Allah

Dengan tudung berwarna pink serta secalit solekan, dia ayu dimataku

Tatkala dia menyapaku, kelu lidahku untuk membalas

Lalu dia kembali senyum, hampir pengsan aku dibuatnya

Tutur katanya lembut, suaranya lunak manja

5 jam bersamanya bagaikan 5 minit masa berlalu

begitu pantas kurasakan seolah masa mencemburui aku

akhirnya dia pergi, meninggalkan satu senyuman buatku

kini aku kembali ke tempat asalku, namun....

"...SENYUM MU ENGGAN PERGI..."

sekadar gambar hiasan-credit to Rafidah Hj Ibrahim FB


Jangan ditanya kemana aku pergi dan siapa yang aku jumpa...haha

Friday, April 8, 2011

Di Hati Sunyi, Di Jiwa Hampa

Sejak setahun kebelakangan ni, aku rasa aku mula mengalami sindrom tak tentu arah ataupun dengan kata lain hidup tanpa matlamat. Aku seolah-olah hilang arah tuju. hidup aku terus berlalu mengikut arus peredaran masa tanpa sedikit pun aku menjangka apa yang bakal berlaku seterusnya.

Dulu aku menanam seribu impian sebaik sahaja menamatkan ijazah, namun hidup memang bukan seperti yang kita inginkan. Kadang-kadang aku seolah-olah merasa putus asa untuk meneruskan impian yang suatu ketika dahulu begitu aku inginkan. kadang-kadang juga aku merasakan aku ni macam dah tersalah pilih jalan hidup. Tiasa lagi semangat untuk meneruskan sesuatu yang telah aku mulakan.

Ditambah dengan perasaan sunyi yang membelanggu diri sejak empat tahun dahulu membuatkan aku kadang-kadang merasa dunia ini tidak adil. Melihatkan kebahagiaan orang lain membuatkan aku dilanda suatu perasaan sakit yang sukar digambarkan. Mungkin luka ini tidak berdarah, namun kesannya lebih dari itu dan sangatlah sukar untuk disembuhkan kerana tidak menjumpai ubatnya lagi.

Diri turut merasa hampa dikala cita-cita dan impian tidak mampu digapai. Hampa melihat kejayaan orang lain, hampa melihat usaha sendiri yang masih belum terhasil dan hampa kerana tidak mampu meramalkan masa depan yang semakin kelam tanpa cahaya menyinari.



"...hidup kosong tanpa cerianya warna pelangi..."