Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, January 19, 2014

2014: Sebuah Permulaan

Hari ini, di kedai-kedai kopi, di pejabat-pejabat, di sekolah-sekolah dan tak lupa juga di ruang siber rakyat Kelate sibuk memperkatakan tentang First Match untuk Liga Super bagi musim 2014 semalam. Rata-rata peminat tegar The Red Warriors agak berpuas hati dengan keputusan semalama sebab menang 2-1 menentang Sime Darby FC yang datang berkunjung ke Stadium keramat kami di Kota Bharu.

Dalam puluhan ribu penyokong yang hadir, aku salah seorang antara mereka. Aku awal-awal dah beli tiket kerana aku dah jangka mesti penuh stadium punya untuk first game ni, orang kata sebagai "Pembuka Gelanggang". Secara peribadi aku sangat teruja untuk menyaksikan game kali ni. Pertama sebab ni first game, dah lama sangat rehat semenjak Final Piala Malaysia bulan November tahun lepas. Kedua untuk menyaksikan sendiri kekuatan pasukan Kelantan yang baru kerana untuk musim ini boleh dikatakan 80%adalah muka baru termasuk kembalinya Ghaddar ke bumi Kelate setelah perpindahan besar-besaran pemain musim lepas. Dalam hati aku ada dua rasa teruja dan takut pada masa yang sama. Teruja kerana Forkey Doe menyertai Kelate (dia antara striker yang power bagi aku) dan takut harapan hanya tinggal harapan.

Wednesday, November 6, 2013

Di Sebalik Final Piala Malaysia 2013

Maaf lambat update sebab aku baru tiba di bumi Kelate

Pasti semua orang dah tahu yang Pahang dah berjaya merampas Piala Malaysia daripada Kelantan pada malam Ahad yang lepas. Aku dah taknak cerita pasal tu. Yang aku nak cerita harini tentang perkara yang terjadi sebelum bermulanya sepak mula Final Piala Malaysia 2013.

Disebabkan aku tidak dapat menghadiri Final Piala FA pada bulan Jun yang lepas, dimana Kelantan berjaya menewaskan JDT 1-0, maka aku telah tanamkan niat dalam hati aku bahawa kalau Kelantan berjaya sekali lagi ke Final Piala Malaysia, aku akan hadir ke stadium walau dengan apa cara sekalipun.

Saingan Piala Malaysia bermula dengan Kelantan diundi dalam kumpulan C yang dikatakan kumpulan maut oleh pemerhati bolasaepak tempatan bersama Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan. Uniknya kumpulan ini dimana ketiga-tiga negeri pantai timur berada dalam kumpulan yang sama. Alhamdullilah Kelantan berjaya melepasi peringkat kumpulan diikuti Pahangsebagai naib juara. Suku akhir yang mendebarkan pabila kelantan terpaksa berdepan JDT dan tewas pada pusingan pertama 4-2. Aku rasa sedikit goyah namun masih yakin kelantan mampu bangkit di tempat sendiri. Sekali lagi kelantan mempamerkan taringnya apabila membelasah JDT 6-1 di stadium keramat Stadium Sultan Muhammad ke 4. Separuh akhir bertemu ATM agak menakutkan kerana pada aku ATM ada potensi sebagai pasukan juara namun takdir masih memihak kepada kelantan apabila berjaya menang 2-1 di selayang dan sekadar seri 2-2 di kota bharu. Perlawanan yang sangat menakutkan dimana ATM hampir berjaya menyingkirkan Kelantan namun gol minit-minit akhir oleh Fakri dan Captain Piya berjaya membawa Kelantan ke Final sekali lagi.

Thursday, October 3, 2013

Random #3

Dah lama aku tak menulis, bukan takde idea, berlambak idea datang, tapi ada sesuatu yang mengekang aku dari terus menulis. Sesuatu yang sukar untuk aku katakan. Menulis memerlukan jiwa, bukan sekadar menaip apa yang terlintas difikiran. Jiwa aku tidak tenteram. Seolah berlaku suatu perkara yang membuatkan jiwa aku melayang entah kemana. Jiwa yang hilang bagai ditiup angin. Aku hilang arah, hilang halatuju. Rancangan yang selama ini aku rencanakan seolah berkecai bagai ombak menghempas pantai.

Aku bukan merajuk, aku terlalu ingin untuk menulis lagi. Masalahnya jiwaku telah aku relakan untuk seseorang lalu dia membawanya pergi bersama cinta yang tidak menjadi, lalu apakah yang tinggal untukku? pedih untuk aku ungkapkan namun itulah hakikat yang harus diterima. Bukan senang nak jalani hidup dalam cahaya yang suram. Aku bukan berputus asa, cuma aku hilang daya.hilang semangat.

Aku cuba mencari semangat yang hilang, namun dimana harus kumula...?




~perlahan-lahan melangkah pulang~

Monday, August 19, 2013

Kenapa?

Kenapa memaksa bila tak suka?
Kenapa memaksa bila tak cinta?
Kenapa memaksa bila tak gembira?
Kenapa memaksa bila tak ketawa?

Sukar melupakan tapi memaafkan,
Sukar melepaskan tapi mengorbankan,

Bila dipaksa membenci,
Bila dipaksa mencaci.
Bila terpaksa kecewa,
Bila terpaksa derita.

Memaafkan mudah,
Melupakan payah.
Melepaskan pahit,
Mengorbankan perit.

Hati tak suka jangan dipaksa,
Hati tak cinta jangan dipaksa,
kerana,
cinta hadir tanpa paksa,
sayang hadir tanpa derita.


Karya asal - Cik Flowery Flower


~ walau hanya seketika, ia tetap kenangan terindah ~

Monday, August 12, 2013

Cerita Yang Tak Sempurna

Cerita bermula dengan perkenalan yang tidak terduga, tidak dirancang. Ia berlaku secara spontan antara sengaja dengan tidak. Ketika itu aku kesunyian inginkan teman dan dia dalam kesedihan juga perlukan teman. Lalu sejarah tercipta. Perkenalan yang tidak dirancang menjadi semakin akrab. Kami banyak berkongsi rasa. Pertemuan pertama kami berlangsung juga secara tiba-tiba. Aku dikejutkan dengan berita dia akan pergi jauh, lalu aku membuat keputusan untuk bersua muka. Ia berjalan dengan baik walau hanya seketika.

Perhubungan kami diuji saat terpaksa terpisah jauh. Namun ia bukannya menghalang malah semakin mengeratkan. Aku menjadi peneman dia meluahkan suka duka di tempat orang yang asing baginya. Aku menjadi peneman sejati kerana terbit rasa bahagia dalam jiwa. Bahagia yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Malah aku berani nyatakan aku sudah jatuh hati padanya namun aku sukar untuk luahkan kerana bagi aku lebih baik diluahkan secara bersemuka. Namun takdir mengatasi segalanya pabila cinta itu terpatri jua walau dalam bentuk pesanan ringkas. Ianya mengungkapkan penyatuan dua hati. Aku rasa akulah insan paling bahagia saat itu. Sungguh aku tak sangka.