Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, June 30, 2013

Kelantan Juara Piala FA 2013

2013 Kelantan sekali lagi melangkah ke pentas Final setelah berhempas pulas menewaskan lawan dari pusingan awal sehinggalah separuh akhir menewaskan Terengganu dengan agregat yang cukup tipis. Berdepan lawan dianggap "musuh ketat" ini menjadikan perlawanan Final kali ini antara perlawanan Final yang terhebat. Kelantan mahu memenangi perlwanan kerana telah terlepas Piala Liga Super dan menjaga maruah selaku juara Treble 2012 manakala Johor Darul Takzim ingin memperlihatkan bahawa mereka adalah kuasa baru yang bakal menggegarkan dunia bolasepak tempatan.

Diiringi puluhan ribu penyokong dari kedua-dua pasukan, TRW dan JDT melangkah bergaya di padang. Pemain TRW yang dikatakan sudah berpengalaman di pentas Final kelihatan lebih berkeyakinan berbanding pemain JDT. Sebaik sahaja wisel ditiup, ternyata perlwanan dikuasai oleh TRW dengan beberapa percubaan bahaya dan hasilnya pada minit ke 16 Norfarhan menjaringkan gol hasil lorongan cantik ketua pasukan TRW Piya. Gol yang telah menggamatkan seluruh stadium dan boleh dikatakan seluruh tempat yang menyaksikan perlawanan ini secara langsung. Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0.

Wednesday, June 26, 2013

Random #2

Dah lama rasanya aku tak menulis free style camni, bosan dan tak tahu nak menulis topik apa. Nak cerita pasal hidup pun rasanya takde ape sangat yang berkembang dalam hidup aku. Masih kerja tempat lama, masih lagi melalui rutin yang sama. Bosan.

Sekarang kecoh pasal jerebu. Dari Johor sampai ke Kelantan dilanda jerebu sampai ade beberapa tempat diisyhtiharkan darurat. Mungkin ni ujian Allah supaya kita ni jangn lupa diri dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi.

Sunday, May 19, 2013

Perasaan Yang Sukar Digambarkan

Tahun 2013 memberi banyak kesan pada aku. Tidak seperti 2010-2012 yang agak suram, 2013 ni muncul dengan warna warni yang aku tak terjangka. Memang setiap tahun aku berharap hidup aku akan kembali berwarna warni, namun aku tidak menjangka warnanya seperti ini. Perasaan bercampur baur. Ada suka ada duka ada teruja ada terkilan ada tak sabar ada menyampah dan bermacam lagi perasaan yang malas aku nak senaraikan.

2013 bermula dengan baik, semuanya seakan berjalan lancar kesinambungan dari 2012. Namun ada sedikit masalah di pejabat yang membuatkan aku menyampah. Malas aku nak cerita sebab dah menyampah sangat. lagipun selama ni memang aku tak suka cerita hal kerja aku. (hehe). Lupakan hal sedih. 

Monday, April 1, 2013

5 Tahun

5 tahun aku menanti
5 tahun aku memendam rasa
5 tahun aku merasai perit
5 tahun hatiku bergelora
5 tahun aku cuba menahan
5 tahun aku berusaha melupakan
5 tahun aku berharap...

Harapan tinggal harapan
Yang dinanti tak kunjung tiba
Yang ditunggu tak muncul jua
Yang diharap entah bila sampainya

5 tahun kemudian
Dia hadir
Seolah cahaya dihujung terowong yang gelap
Memberi aku panduan
Mencari arah bahagia

Seakan mentari yang menyinari
Kau memberi aku harapan
Kau mengembalikan senyumanku
Kau tenangkan jiwa yang gelora

Kepadamu ku berharap
Moga kasih ini kekal
Moga dipermudahkan segalanya
Moga mendapat keberkatan dari-Nya
Moga kasih kita sampai ke Syurga...

31313



~ jodoh rahsia Allah ~

Monday, March 11, 2013

Takut Untuk Berharap

Hidup memang penuh dengan impian dan harapan. Setiap hari ada sahaja impian yang muncul di minda. Terkadang ia mampu dicapai dan kadang-kadang ia cuma sekadar angan-angan yang jauh sekali untuk dicapai. Bukan menidakkan keinginan, namun ianya kadang-kadang amat menyakitkan. Gagal dalam impian? Salah siapa? Salahkah kita untuk berangan-angan? untuk berharap?

Harapan...harapan menjadi layu.itu lirik lagu. Namun ada benarnya disitu. Kalau dah harapan musnah, maka ia umpama bunga layu yang tiada nilainya lagi. Takkan nak salahkan takdir? Siapa kita nak melawan takdir Tuhan? kita hanya manusia biasa yang mampu berharap. Hanya DIA yang layak tentukan segalanya.