Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, July 15, 2012

Liga Super Kami yang Pegang!




Pasukan Kelantan The Red Warriors sekali lagi melakar sejarah apabila menjuarai Liga Super Malaysia untuk dua tahun berturut-turut setelah menjaya mendapatkan Piala FA Mei lalu. Kemenangan ini sekaligus memberi kegembiraan kepada seluruh rakyat Kelantan setelah pasukan kesayangan mereka ini menghadapi liku-liku pahit manis sepanjang berlangsungnya Liga Super tahun ini.

Aku juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama bersama para penyokong untuk ke stadium bagi meraikan kejayaan ini. Walaupun perjalanan untuk ke stadium agak perit, namun ianya tetap berbaloi. Walaupun kelantan telah mengesahkan Takhta juara, namun rekod tanpa kalah dilaman sendiri harus dipertahankan. Apatah lagi sebagai perlawanan penutup liga, dihadapan 18ribu penyokong, pasukan kelantan perlu menang. 

Sunday, July 8, 2012

Kelantan Juara Berganda

07.07.2012
8.30am

Aku tengah ready nak gi keje, tiba-tiba kaki rasa terseliuh pulak. Adoi ni yang malas, camne nak drive gi keje? dahla aku pakai kereta manual. Lepas urut-urut sikit aku gagahi jua pergi kerja, pekerja contoh la katakan.haha.
Nasib baik aku cuma kerja halfday ke arini. Apih dah kompom tiket bola malam ni dah beli. Tak kira camne aku kena gi stadium malam ni. Kalau kelate menang, kelate bakal dinobatkan Juara Liga Super 2012.

5.30pm
Aku bertolak ke stadium. Leceh betul bila drive kalau jalan jam, dahla kaki masih sakit. Dekat 6.30 baru sampai stadium. Parking pulak dah penuh. kena parking jauh sikit. lagi leceh nak jalan pasal kaki sakit lagi ni. Aku teruskan jua langkah.

7.45pm
Lepas solat maghrib kat surau berdekatan aku dan Apih masuk stadium. Kawasan scoreboard memang dah penuh. Aku pun ajak Apih lepak kat curva berdekatan Ultras kelantan. Boleh jugak aku bersorak nanti..haha.

8.55pm 
Game start. Aku layan macam biasa. Mula-mula nampak Perak macam kuat je menyerang. Risau pulak seketika. Tapi lepas dapat gol pertama pertahan perak mula longgar sampai kelate dapat score 5 gol untuk 1st half je. Ni memang jarang berlaku. memang berbaloi pengorbanan aku datang stadium malam ni.haha

10.10
Start 2nd half. indra dapat score gol ke-6 seterusnya mencipta hatrik untuk diri beliau. Dia memang nampak superb malam ni.matyo pun tak dapat nak score malam ni. 

lebih kurang 10.45
Game tamat. kelantan menang bergaya 6-0 seterusnya dinobatkan Juara Liga Super 2012. Seluruh penyokong setia The Red Warriors bersorak gembira. Setelah mengharungi musim yang sangat mencabar, akhirnya kelate membuktikan mereka adalah satu-satunya pasukan yang mampu menyelamatkan maruah negara dengan mengenepikan Lions xii. Kedengaran jua bunga api pom pang pom pang diluar sana. memang meriah sampai aku tengok penyokong macam taknak balik je, Cuma yang tak best takde upacara penyampaian piala malam ni. Mungkin nak tunggu habis musim dulu kot.

11.00pm
keluar stadium malan kat foodcourt sambil layan nadi arena.

11.30pm
berambus balik. Time sampai kat parking keta, aku jumpa ngan dua tiga orang player kelate jalan kaki lalu kat situ tapi aku tak tegur sebab aku segan.kahkahkah

Tahniah pada pasukan Kelantan the Red Warriors kerana telah berjaya mendapat 2 piala untuk tahun ni. Misi untuk dapatkan lagi satu piala iaitu Piala Malaysia pulak. Sama-samalah kita nantikan lepas raya nanti.


~ Alhamdulillah ~

Monday, June 11, 2012

Dari Sinar Mata 25

" Tu macam Lia je," tiba-tiba Mirul bersuara. Segera aku pandang ke arah yang ditunjukkan. Memang sah tu Lia. Nasib baik dia dengan kawan perempuan je, buatnya keluar berdua dengan lelaki, mau jeles lagi aku.

Nak pergi ke taknak ni? Dari jauh aku datang takkan nak tengok je? Nanti habuk pun takde ni. Tiba-tiba Mirul tolak aku.

"Pergi jela, karang ada yang menyesal terjun feri pulak nanti," Dia dan Abang Lan dah sama-sama gelak. Cilake betul di saat genting macam ni diorang pakat bantai gelakkan aku pulak.

Aku pun berjalan perlahan-lahan ke arah Lia and the geng, segan ade, malu ada, berdebar pun ada jugak. Aiseh camne nak start nih? Time ni la aku nak jadi kelu seribu bahasa. Menyampah pulak dengan diri sendiri.

"Lia," pendek je aku sebut dengan harapan dia mendengar. Dan dia memang mendengar sebab dia berpaling. Dia kelihatan agak terkejut, namun cuma seketika apabila dia tiba-tiba nak blah pulak. Tadi kemain lagi suka berbual dengan kawan dia tu.

Dengan tak sengaja aku terpegang tangan dia. Diulangi tidak sengaja. Itu je yang aku terfikir masa tu. Dia buat muka garang pulak.

Thursday, May 31, 2012

26 akhirnya...

Didahulukan dengan ucapan syukur Alhamdullillah kerana masih diberi hayat oleh-Nya untuk masih menghirup udara pagi 31 Mei 2012 dan masih diberi keupayaan untuk menaip entri ringkas dalam blog yang serba kekurangan ini.

Dalam masa 26 tahun ni, rasanya telah banyak fasa yang aku lalui bermula dari lahirnya aku ke dunia sehingga ke hari ini. Banyak juga pengalaman hidup asam garam kehidupan yang telah aku timba. Pahit manis kehidupan yang mewarnai suka duka perjalanan hidup yang tidak menentu. Malah boleh dikatakan aku antara insan yang bertuah kerana dikurniakan keluarga yang menyayangi, sahabat yang memahami dan orang sekeliling yang jarang mendukacitakan.

10 tahun dulu aku pernah menanam satu cita-cita yang bakal merubah kehidupan seorang lelaki bujang sebaik sahaja aku melangkah ke usia 26 tahun. Namun cita-cita itu seakan masih kabur dan amat sukar dicapai biarpun masa masih berbaki 6 bulan. Mungkin inilah yang dikatakan " kita hanya merancang, Allah yang menentukan". Terkadang aku pasrah, terkadang aku kecewa. Namun aku harus redha kerana ini semua ketentuan dari-Nya. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Mungkin jua Dia telah merencanakan suatu yang lebih baik dari yang aku impikan.

Apabila melewati garis 25, aku mula berasa yang hidup ini bukan sekadar pergi sekolah, masuk U, cari keje yang bagus dan hidup bahagia. Realiti tidak semudah ini. Dan bahagia juga tidak akan datang semudah itu. Usaha itu penting kerana setiap yang diperolehi tidak akan datang tanpa usaha. 

Hidup perlu diteruskan untuk terus mencari sinar kebahagiaan hakiki....

Artist: Ukays
Title: Bila Diri Disayangi




Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu


Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu


Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri


Keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir...

~ 26 is just 25+1 ~


Tuesday, May 29, 2012

Milik siapakah gadis berbaju kurung ungu itu?

Ini merupakan kisah benar, bukannya cerpen seperti yang biasa aku tulis. Ceritanya bermula begini...

Setiap hari aku pasti akan lunch dengan ofismate aku tak kira berlima, berempat, bertiga mahupun cuma berdua. Namun semuanya berubah hari ni bilamana tiba-tiba semua orang ada hal dan aku terpaksa makan sorang-sorang. Nak ajak awek, takde awek pulak. cilake betul. Aku ni paling malas kalau makan sorang-sorang. Takkan nak order pizza delivery pastu makan kat opis plak, nanti orang cakap aku pathetic plak. Buntu betul rasanya.

Tanpa buang masa dan tenaga, aku terus masuk kereta. Dalam kepala memang takde destinasi langsung nak dituju. Jalan pulak jam semacam je. Budak sekolah yang cuti, kenapa mesti jalan jadi jam? Damn. Dahla perut tengah lapar. Tengah aku ronda-ronda, maka aku tiba di foodcourt dekat stadium. Aku ingat nak makan situ je sebab mudah nak parking. Time-time camni memang aku redah je la. Asalkan dapat makan. Aku round cari kedai yang nampak menarik sikit pasal kat sini ada banyak kedai makan, dah nama pun foodcourt kan.