Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Tuesday, December 21, 2010

Pieces of my Memories: Panjat Tangki Air Sekolah

"Wan bangun-bangun!" Tiba-tiba Suhaimi @ Semmy, roomateku mengejutkan aku yang tengah lena dibuai mimpi sebab ponteng prep petang.

"Pehal bising-bising nih,aku nak tidola..lambat lagi masa makan kan?"

"makan je yang ko ingat ek? badan kurus, tapi kuat makan.Jomla ade projek best nih.." Aku pun layankan je budak Semmy ni.kalau tak, memang dia akan ganggu aku tido jugak.

"projek ape ni Mi?" aku yang tak tau ape-ape masih lagi mengikut mamat semmy ni.Takkan nak gi pantai lagi? bosanla asik gi pantai je.

"Kita nak melakar sejarah harini. aku nak ajak ko panjat tangki air" dia menjawab sambil tersengih jahat.

"Ko biar betol mi, kang pakgad nampak, saje je kita kena tembak.silap-silap kena gantung skolah..SPM dah dekat ni.." aku mula cuak dengan plan gila roomate aku ni.

"Sebab SPM dah dekat la kita kena buat sesuatu.Takkan ko nak tinggal skolah tanpa kenangan yang hebat?"

Ade btolnya cakap mamat nih.Tanpa disedari kitorang dah sampai kat tangki air tu.Telan air liur gak aku melihat ketinggian tangki air tu.memang keje gila ni.

Inilah rupa paras tangki air tu..giler tinggi..



"Ko naik dulu la Mi" aku yang dah mula ragu-ragu menyuruh semmy naik dulu.Melihat kejayaannya memanjat dengan mudah, aku pun turut berasa konfiden.tapi bila sampai separuh jalan, aku mula rasa goyang-goyang sebab sekolah aku ni tepi pantai, maka anginnya agak kuat.Cuakaku seketika.semmy dh selamat tiba kat atas.aku pun gagahi jugak naik sampai atas.dah separuh jalan ni.kalau aku turun balik, mau kena gelak ngan semmy smpai 7 tahun.

Akhirnya selamat jugak aku smapai.memang best gile dok atas tu.dengan angin yang bertiup, dengan dapat tengok pemandangan sekitar daerah besut, pastu boleh pulak nampak pulau perhentian nun disana.rasa macam taknak turun je.

"Jom la tulis nama'  eh? rupanya semmy dah siap-siap bawak permanent marker pen...cantik la bro.. inilah namanya melakar sejarah..

Time nak turun lagi satu masalah datang...susah gile nak turun...lagi susah dari naik...setelah berusaha buat seketika, aku dapat gak turun.

lepas tu sekali lagi kitorang naik, tapi belah malam pulak..seram pon ade gak sebab ade dengar cite antu kat kawasan tu...tapi bila smpai atas, hilang semua ketakutan... pemandangn pun lagi cun belah malam ni..

dah lama aku tinggalkan sekolah tu.. peristiwa tu berlaku tahun 2003, time aku SPM.. aku pun taktau nama aku ngan semmy still ade lagi ke tak kat atas tu... kalau boleh memang aku nak gi naik skali lagi...hee


*rindu gile ngan MRSM Kota Putra!!!!

Monday, December 20, 2010

Disqus comment box menyusahkan ke?

Aku tulis entri ni sebab ade seseorang tanya aku soalan ni:

"Bro, asal ko guna Disqus commentbox ni? leceh la... guna standard blogger dahla..baru ramai nak komen blog ko..."

Aku pun terpikir gak..mungkin sebab ni jarang orang komen blog aku (perasan femes je..haha). Aku guna Disqus ni sebab senang nk reply satu-satu komen setiap orang. tak payahla nak letak @mr A, @miss B time nk balas komen banyak-banyak sekaligus... lagi satu disqus ni leh log in guna Fb punya akaun...lg senang kan?

tapi aku nak tanya jugakla pendapat anda yang sedang membaca entri ni (kalau ade..hehe). patut aku terus guna Disqus ni ataupun guna standard blogger punya commentbox?

Sunday, December 19, 2010

Novel Review: The Bridgertons by Julia Quinn

Hari ni tetiba aku rasa macam nak buat novel review pulak.lagipun apa salahnya share benda yang best kan? Aritu aku dah bagi review novel melayu, arini nak review English novel pulak...

Sebenarnya novel yang aku nak cite ni bukan tajuknya The Bridgertons, tapi tu hanya gelaran bagi siri ni sebab novel ni ada 8 buah buku, berkaitan dengan 8 orang adik-beradik dalam keluarga Bridgerton. Semuanya berlaku pada masa yang sama, cuma setiap buku fokus pada setiap sorang adik-beradik dalam family tu.


First time tengok cover (lepas di-recommend oleh Along) aku rasa ni mesti novel jiwang tahap tak ingat dunia punya.Tapi layankan jugak sebab Along dah insist suruh baca jugak. Aku pun try la baca buku 8 On The Way To Wedding. (Siri ni tak kisah baca yang mana dulu sebab tak bersambung pun). Rupanya ni cite romatik komedi.Memang sangat best.Kalau tengah baca, pastu senyum sorang-sorang, tu perkara normal la. Yang lebih menarik, nama adik-beradik Bridgerton ni ikut alphabetical order, makna Nama anak sulung stat huruf A, diikuti B, C dan seterusnya...
Anthony-The viscount who love me (Book 2)
Benedict-An offer from a Gentlemen (Book 3)
Colin-Romancing Mr Bridgerton (Book 4)
Daphne-The Duke and I (Book 1)
Eloise-To sir Phillip,With love (Book 5)
Francesca-When He was wicked (Book 6)
Gregory-On the way to the wedding (Book 8)
Hyacinth-It's in His kiss (Book 7)

Semua novel ni ade 2nd Epilogue tapi dia keluarkan dalam bentuk e-book je..Jadi aku pun malas nak beli secara online..huu

Untuk lebih lanjut bolehlah masuk kat SINI

# Aritu ade orang cakap aku unik sebab suka baca novel...hee

Friday, December 17, 2010

Penah dengar nama Hlovate tak...?

Pagi-pagi Jumaat ni (pagi ke?haha) aku tiba-tiba teringin nak share pasal sorang penulis novel Melayu yang aku minat gila sampai dah tak lalu nak baca novel orang lain..haha.. Penah dengar tak nama Hlovate.. nama yang agak pelik dan agak sukar disebut ni la penulis novel yang aku cakap tu. Mula-mula jumpa karya dia masa tengah online cari novel online ataupun dengan bahasa it e-novel.. Karya yang mula-mula aku baca 5 Tahun 5 Bulan.. memang sangat-sangat best sampai aku tak bleh tido sebab nak habiskan baca malam tu jugak..tapi aku rasa pelik sebab endingnya macam tergantung je..

Then, pada suatu hari time tengah ronda-ronda Popular (kedai yang wajib singgah walaupun tengah pokai), nampak novel ni..Rupanya dah publish..bukan 1, malah ade banyak lagi novel dia yang dah publish..Argghhh duit plak takde...nasib baik masa tu kuar dengan Along, maka secara otomatik dia kena belanja..haha..

Ni la rupa paras novel tu   

Bila dah baca yang ni, barula tau ending sbenanya.. memang buat aku senyum sorang-sorang je bila baca novel ni... dahla bahasa moden je (takdela skema tahap sasterawan negara.huuu). Bila dah abis, terus nak baca yang lain... maka aku pun bodek Along, suruh beli yang lain...

Aku dah beli sume ni...

Kepada kawan-kawan yang minat novel, memang aku sangat recommend la baca karya Hlovate ni... bukan je ade unsur-unsur mooden, malah unsur-unsur Islamik pun banyak..memang tak rugi beli... kalo tanya aku yang mana paling best, cite Tunas dengan aA+bB paling best sebab bersambung 2 novel tu...

kalau ade yang nak usha preview novel ni, bolehla melawat blog beliau kat SINI

Thursday, December 16, 2010

Incomplete

" Bentangkan ku permaidani
  Dari baldu berwarna putih
  Moga tak ku terasakan
  Cubaan yang ku galas ini
  Kepada-MU titianku
  Hijrahkanlah diri ini..."

Setiap insan di dunia pasti tak lepas dari melakukan kesilapan tak kira walau sekecil manapun ia. Tambahan pula bagi insan yang lemah seperti aku. Melakukan kesilapan seolah menjadi lumrah dalam hidup. Kesilalapan itu tak mungkin dapat diubah lagi kerana masa tidak mungkin dapat diundur lagi. Segala yang telah berlaku tetap akan menjadi sejarah hidup.

Cuma DIA sahaja yang mampu mengubahnya. Memohon Keampunan dari-Nya adalah cara terbaik untuk menebus segala kesilapan yang telah dilakukan kerana DIA lah yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu.

DariMU aku datang dan KepadaMu aku akan kembali....