Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, December 12, 2010

First Love...?

" it takes a minute to have a crush on someone,
  an hour to like someone,
  and a Day to love someone,
  but it takes a LIFETIME
  To forget someone..."

Orang cakap cinta pertama sukar dilupakan. Sejauh manakah kebenaran kata-kata itu..? Bagi aku ada betulnya kata-kata tu. Memang susah nak lupakan cinta pertama kerana dialah yang membuatkan kita alami percintaan yang sememangnya memeningkan kepala. Dia yang menbawa bahagia dan dia jugalah yang membawa derita.

Bila difikir-fikirkan balik, apalah gunanya ingatkan cinta yang telah pergi itu... memang aku akui aku dah lupakannya..tapi sesekali bila rindu itu bertamu, aku tidak mampu untuk terus melupakannya kerana ia masih segar di ingatan seolah ia baru berakhir semalam....

Friday, December 10, 2010

Miracle of Love...

Don't find love,
Let love find you,
That's why it's
Calling falling in love,
Because you don't
Force yourself to fall,
You just fall into it....

Mencinta dan dicintai... fitrah setiap manusia di dunia..Namun persoalannya, apakah sebenarnya cinta itu? Apakah petanda-petanda yang menunjukkan yang kita sudah jatuh cinta? Apa yang perlu kita lakukan apabila sudah jatuh cinta?Seringkali kita mendengar istilah mabuk cinta- seseorang yang tidak mempedulikan urusan hariannya kerana telah diserang angin cinta. Apakah itu cinta yang kita mahukan?

Seringkali juga berlaku keadaan dimana kita amatlah meminati seseorang. Lantas mencuba pelbagai cara yang sebaik mungkin untuk mengekspresikan cinta kita kepada si dia agar kita dapat memenangi hatinya. Namun kadang-kadang usaha itu gagal sama sekali walau telah seribu cara dilakukan. Lalu kita berasa terluka dan mula tidak mempercayai cinta.

Tetapi ada juga keadaan dimana kita tidak ingin terikat dalam jerat percintaan, tetapi perasaan itu hadir secara halus dan tanpa disedari ia telah tumbuh mekar di hati kita. Lalu apakah yang perlu dibuat? Membiarkan cinta itu terus mekar akan membuatkan kita tidak tenteram, tetapi jika dibunuh rasa cinta itu juga akan menyeksakan.

Cinta itu indah dan bukan semua orang dianugerahkan oleh-Nya untuk mendapat cinta sejati. Fikirlah sebaiknya tentang bagaimana harus kita uruskan perasaan itu agar ia tidak memudaratkan seluruh hayat kehidupan kita di dunia ini...


Wednesday, December 8, 2010

Terluka dan Dilukai

Terluka dan dilukai...kita tak akan dapat lari dari semua ini.Sama ada kita yang terluka atau kita yang melukakan. Walaupun itu mungkin bukan kehendak kita. Inilah warna-warni dalam setiap perhubungan. Kadang kala kita tersalah tafsir atau mereka juga begitu. Tiada siapa yang sempurna..! Semua terserah kepada diri sendiri bagaimana mahu mewarnai hari ini dan esok dengan warna ciptaan sendiri.....

Aku juga pernah terluka dan melukakan...Namun tiada apa yang dapat mengubah kenyataan itu kerana ia lumrah dalam kehidupan. Biar perit mana sekalipun ia tetap tidak dapat dielak selagi kita masih mempunyai jiwa yang berperasaan.Perasaan yang membuatkan manusia merasa mereka terluka...Perasaan juga yang membuatkan manusia menyedari bahawa meraka telah melukakan... Lalu apakah kesimpulan kepada semua ini...?

Biarkanlah ia berlalu kerana ia menyebabkan hidup manusia lebih bermakna....


Monday, December 6, 2010

Boulevard Of Broken Dreams...

Jatuh, bangun, tersungkur...hal biasa dalam hidup dan kehidupan. Tambahan pula untuk hidup kita kena bergerak. Untuk meneruskan kehidupan ini ada hala yang mesti kita tuju. Sama ada jalan berliku yang kita lalui atau jalan yang rata kita selusuri, kedua-duanya menyediakan risiko. Jalan berliku kadang membuat kita hilang kawalan lalu terbabas entah kemana. Jalan rata, yang lurus kadang terlalu membuai kita sehingga kita alpa, yang kesudahannya merosakkan perjalanan...

Lalu apakah pilihan kita? Jalan lurus atau yang penuh berliku....Entahlah..Sememangnya aku sendiri tiada jawapan untuk soalan itu. Kerana aku merasakan hidup aku berlalu dengan begitu sahaja tanpa perlu aku membuat sebarang keputusan untuk memilih jalan yang mana kerana pilihan itu telah dibuat dan sekarang aku hanya perlu menanggung segala risiko atas pilihan itu..

Tanpa aku sedari, terkadang aku agak menyesali kerana membuat "pilihan itu" . Tapi apakan dayaku lagi...? Segalanya telah berlalu...tiada apa yang perlu aku kesalkan lagi... Lagipun sebagai seorang lelaki, aku tidak seharusnya menarik sebarang kata-kata aku biarpun ia mungkin membawa impak yang besar...


Saturday, December 4, 2010

Tertinggalkan waktu...

Setiap perjalanan dalam hidup dan kehidupan ini diganggu oleh pertanyaan - dimana dan bagaimana ia berakhir? Mungkin saja pertanyaan sebegitu boleh disifatkan sebagai pertanyaan nakal kerana ia juga yang membuatkan manusia terburu-buru, tidak sabar, dan terlalu mudah membuat anggapan. Lalu kemudiannya membiarkan hampir setiap keindahan pengalaman seharian dalam kehidupan ini berlalu begitu sahaja. Ibarat kita melintasi kawasan menghijau -  kerana tidak sabar untuk sampai ke destinasinya kita mungkin saja membiarkan pemandangan itu berlalu begitu sahaja. Sedangkan hal sebegitu mungkin tidak akan kita nikmati serta rasai lagi untuk kali kedua kedua dan seterusnya... Itulah pengalaman pertama dan terakhir.

kadang-kadang aku terlalu mengejar sesuatu yang amat sukar sehinggakan aku melupakan keindahan-keindahan yang hadir setiap hari di sisi ku. Malah aku tidak menghargai benda- benda sekeliling sehinggakan aku kehilangannya... Mungkin segalanya telah terlambat, namun sinar itu masih ada walau agak sukar untuk dilihat...

Focus on the beauty, and begin to breath in the energy within....