Setelah beberapa kali ditangguhkan tayangan atas beberapa sebab, akhirnya filem Mencari Rahmat berjaya menemui penonton walaupun bukan di pawagam. Keadaan semasa masih tidak mengizinkan untuk dibawa ke pawagam. Tapi ia masih okey. Sekurang-kurangnya orang Kelantan macam aku boleh tonton sekali.
Filem Mencari Rahmat mengisahkan dua watak utama Razak (Nam Ron) dan Azman (Amerul Afendi) sebagai dua sahabat yang mempunyai rahsia masing-masing. Mereka berdua hidup dalam penipuan demi untuk mencapai matlamat masing-masing. Razak menggunakan penipuan untuk mendapatkan Rose, sepupu kepada Azman kerana dia tidak disukai oleh Datin Azizah, ibu kepada Rose.Azman pula menipu untuk mendapatkan Ratna yang merupakan anak jagaan Razak. Rose dan Ratna mencintai lelaki bernama Rahmat. Masalahnya siapa Rahmat yang sebenarnya?
Bagi aku jalan cerita filem ni mudah dan tak perlu banyak fikir. Apa yang menarik,bagaimana dua watak utama memainkan watak mereka dengan sangat cemerlang dan real. Segala dialog yang dilontarkan membuatkan kita terbuai sama dalam scene sehingga tak terasa masa berlalu. Tak dinafikan semua pelakon dalam ni dapat membawa watak dengan berjaya. Ada kalanya terasa macam sedang tonton teater. Cara ia disampaikan ada elemen teater. Secara keseluruhan tak rugi tonton filem ni. Ada nilai yang tersembunyi dalam naskah hebat ini.
TARIKH TAYANGAN : 31 Ogos 2021
PENULIS SKRIP : Al Jafree Md Yusop
PENGARAH : Al Jafree Md Yusop
PRODUKSI : AB Roll Sdn Bhd
WATAK PELAKON
Nam Ron sebagai Razak
Amerul Affendi sebagai Azman
Nadia Aqilah sebagai Rose
Sharifah Amani sebagai Datin Azizah
Fauziah Nawi sebagai Normah
Eric Fuzi sebagai Reza
Azman Hassan sebagai Mokhtar
Anuar John Paharudin sebagai Uncle Pekin
Tun Zarul Azri sebagai Butler Glam Rock
Anda boleh tonton di platform Mubi. Jangan download.