Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, August 8, 2024

Anthem by Hlovate


"...everybody has a past, everybody lives a present, and everybody deserves a future..." #Anthem #Hlovate

 

Friday, September 10, 2021

Terkenang Kenangan

 Semenjak beberapa bulan lepas, aku asyik teringatkan kenangan zaman sekolah. Ini semua gara-gara aku join group Facebook macam group alumni tapi menghimpunkan banyak sekolah dalam satu sistem yang sama. Group ni santai dan banyak sangat perkara yang menarik ada dalamnya.

Bayangkan boleh dengar cerita geng Pioneers zaman 70-an sampai geng adik-adik zaman sekarang. Kecoh group tu sebab semua sporting habis. Ada yang kongsi ilmu, kongsi pengalaman hidup, kongsi kejayaan dan yang paling penting kongsi kisah-kisah zaman sekolah yang sebelum ni hanya menjadi rahsia masing-masing. Boleh melarat sampai 2-3 jam kalau lepak dalam group ni.

Monday, September 6, 2021

Mencari Rahmat

 



Setelah beberapa kali ditangguhkan tayangan atas beberapa sebab, akhirnya filem Mencari Rahmat berjaya menemui penonton walaupun bukan di pawagam. Keadaan semasa masih tidak mengizinkan untuk dibawa ke pawagam. Tapi ia masih okey. Sekurang-kurangnya orang Kelantan macam aku boleh tonton sekali.

Filem Mencari Rahmat mengisahkan dua watak utama Razak (Nam Ron) dan Azman (Amerul Afendi) sebagai dua sahabat yang mempunyai rahsia masing-masing. Mereka berdua hidup dalam penipuan demi untuk mencapai matlamat masing-masing. Razak menggunakan penipuan untuk mendapatkan Rose, sepupu kepada Azman kerana dia tidak disukai oleh Datin Azizah, ibu kepada Rose.Azman pula menipu untuk mendapatkan Ratna yang merupakan anak jagaan Razak. Rose dan Ratna mencintai lelaki bernama Rahmat. Masalahnya siapa Rahmat yang sebenarnya?

Bagi aku jalan cerita filem ni mudah dan tak perlu banyak fikir. Apa yang menarik,bagaimana dua watak utama memainkan watak mereka dengan sangat cemerlang dan real. Segala dialog yang dilontarkan membuatkan kita terbuai sama dalam scene sehingga tak terasa masa berlalu. Tak dinafikan semua pelakon dalam ni dapat membawa watak dengan berjaya. Ada kalanya terasa macam sedang tonton teater. Cara ia disampaikan ada elemen teater. Secara keseluruhan tak rugi tonton filem ni. Ada nilai yang tersembunyi dalam naskah hebat ini.

TARIKH TAYANGAN : 31 Ogos 2021

PENULIS SKRIP : Al Jafree Md Yusop

PENGARAH : Al Jafree Md Yusop

PRODUKSI : AB Roll Sdn Bhd


WATAK PELAKON 

Nam Ron sebagai Razak 

Amerul Affendi sebagai Azman 

Nadia Aqilah sebagai Rose 

Sharifah Amani sebagai Datin Azizah 

Fauziah Nawi sebagai Normah 

Eric Fuzi sebagai Reza 

Azman Hassan sebagai Mokhtar 

Anuar John Paharudin sebagai Uncle Pekin 

Tun Zarul Azri sebagai Butler Glam Rock


Anda boleh tonton di platform Mubi. Jangan download.


Sunday, September 5, 2021

Bahagia 2

 Walaupun kita ini adalah satu kejadian yang sempurna, namun tak ada sesiapa diantara kita yang sempurna.Tak kira siapa kita , apa darjat dan kedudukan kita,sebenarnya kita serupa – seorang insan yang serba kekurangan.Adapun, setiap daripada kita inginkan sesuatu yang sempurna,inginkan kehidupan yang sempurna,segala yang diingini akan terpenuhi.Segala apa yang kita ingini tak akan diperolehi dengan percuma- tak ada yang free! Hanya dengan usaha saja kita akan memperolehi apa yang kita ingini.Namun jangan pula lupa akan hakikat dan hukum kehidupan bahawa kita hanya mampu merancang.


Walaupun telah segunung usaha dilakukan,jika telah ditakdirkan bahawa sesuatu itu tidak akan jadi milik kita,maka ia bukanlah milik kita.Apa yang penting hakikat itu mesti diterima biarpun sedikit rasa kecewa yang dirasai. Kekecewaan bukanlah akhir segala usaha. Malah ada banyak ungkapan yang menguraikan bahawa kegagalan itu satu jalan untuk meraih kejayaan. Merungut ,meratapi dan menyesali akan kegagalan yang berlaku bukan penyelesaian. Malah ia hanya akan semakin melemahkankan fikiran. Daripada asyik mencari alas an dan mencari kesilapan atas kegagalan, adalah lebih baik memikirkan bagaimana untuk memulakan usaha baru.


Kadang-kadang ada diantara yang sering berkata mengapa segala impiannya sering tidak kesampaian sedangkan dia berusaha keras. Bukan sekali dua….malah berkali-kali. Memang pada hakikatnya dia tidak beroleh apa-apa hasil dari apa yang dilakukan. Naman dari segi moralnya dia telah berhasil membina dan terus membina semangat agar tidak tenggelam dibawa arus kekecewaan. Dia cukup kuat untuk menghadapi kekecewaan demi kekecewaan. Dia cukup bersemangat danlangsung tidak terganggu untuk terus berusaha walaupun tak pernah mengecap sebarang hasil.


Bukankah semangat itu lebih penting dari segalanya? Ada ungkapan mengatakan bahawa orang yang tiada semangat ibarat mati sebelum ajal! Hilang semangat bermakna hilang semangat untuk meneruskan hidup, hilang keyakinan sekali gus sebenarnya telah hilang segalanya termasuk diri sendiri! Biarlah gagal walau setelah seribu kali mencuba daripada terus kecewa dengan hanya sekali mencuba dan sekali gagal. Itu merupakan orang yang telah hilang jiwa. Orang yang tiada jiwa sama dengan orang mati.


Dengan kegagalan yang menimpa ,dengan kekecewaan yang dirasa…. jangan sesekali menganggap dunia ini tidak adil. Sebenarnya kitalah yang tidak berlaku adil kerana berfikiran sedemikian. Setiap daripada kita telah ditentukan bahagian masing-masing. Setiap daripada kita telah ditentukan sebab musabab mengapa bahagian kita jumlahnya begitu dan orang lain begini pula jumlahnya. Mungkin kita sebenarnya hanya memerlukan jumlah itu sedangkan orang lain perlu lebih daripada apa yang kita dapat. Adil bukan? Jika masih tidak faham dan merasakan itu tidak adil………   sebenarnya kita diserang  satu penyakit iaitu penyakit tamak!


Makanya , kita ini disarankan bersederhana dalam apa jua sekalipun. Kita akan berasa cukup dengan apa adanya , kita akan lebih bersyukur dengan apa yang ada dengan kita. Bila kita rasa cukup………..  hati kita akan rasa lebih...


bahagia...






Bahagia

 Manusia bahagia bila dia mampu membuka mata untuk menyedari bahawa dia memiliki banyak keistimewaan yang bererti.Manusia mampu bahagia bila dia mahu membuka mata hati untuk menyedari betapa dia dicintai.Manusia mampu bahagia bila dia mahu membuka diri agar orang lain boleh mencintainya dengan tulus...


Bahagia...ramai orang cakap meraka bahagia...bahagia bila bersama keluarga,teman-teman atau kekasih hati...tapi bahagiakah mereka?

Aku sendiri tidak tahu bagaimana keadaan yang dikatakan bahagia.

Ianya datang dengan sendiri...tapi ada pendapat mengatakan kebahagiaan harus dicari...entahlah...bagi aku kebahagiaan itu datang bila hidup kita bebas dari sebarang masalah atau tekanan.Bila aku merasa aman.maka secara automatik bahagia itu akan terasa. namun,kebahagiaan hakiki adalah bila kita dapat melangkah ke

Syurga-Nya....