Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, October 15, 2014

Abe Long

14 Oktober 2009

Masa ni aku tengah praktikal kat Amanah Raya Berhad Kota Bharu. Pagi tu aku pergi kerja macam biasa. Tapi ada suatu yang luar biasa bakal berlaku hari ini. Sesuatu yang akan memberi kesan pada keluarga aku. Semalam kakak aku dimasukkan ke wad sebab dah ada tanda nak bersalin. Tapi sehingga pagi ni dia belum lagi bersalin. Apa yang membuatkan peristiwa ni luarbiasa adalah sebab anak yang bakal dilahirkan merupakan cucu sulung bagi keluarga aku dan juga keluarga mertua kakak aku. Dan apabila dia lahir, aku akan dapat title baru iaitu bapa saudara atau dalam bahasa inggerisnya uncle.

Perasaan teruja jangan cerita, semua orang di pejabat dah tahu. Mereka pun dah tergelak melihat gelagat aku yang umpama bakal bapa tunggu anak sulung. Aku sendiri sukar nak gambarkan perasaan tu. Perasaan teruja yang amat. Seharian aku menanti berita. Sehingga petang jam 4.30 lebih kurang aku menerima berita kelahiran cucu sulung bagi ma dan abah. Tepat jam 5 terus aku bergegas ke hospital. Tak sabar rasanya nak melihat wajah bakal penyambung legasi kami.