Ini malam tadi punya cerita
Sedang aku asyik dok usha newsfeed Facebook yang dipenuhi bermacam cerita dan info yang kadang-kadang buat aku gelak sorang-sorang dan kadang buat aku rasa nak unfriend je orang tu, tiba-tiba tumpuanku terganggu oleh satu bunyi semcam berdesing di telinga kananku. Pada mulanya aku buat tak tahu kerana tengah seronok membalas komen, namun gangguan itu muncul lagi. Aku terus rasa panas hati.
Aku pandang ke kanan, nampak seekor nyamuk bersaiz sederhana sedang terbang rendah berdekatan aku. " Celaka punya nyamuk, berani kau mengganggu konsentrasi aku menelaah facebook," marahku dalam hati. Dengan satu jurus serangan pantas, aku berjaya membunuh nyamuk tersebut. Aku tersenyum puas. Bangkai nyamuk tu masih berkeadaan sempurna. Lalu aku mendapat satu idea. Aku letakkan bangkai nyamuk tu atas meja sebagai pengajaran kepada nyamuk-nyamuk lain supaya jangan cuba mengganggu masa lapangku. Biar diorang tak berani nak datang dekat sebab dah nampak akibat yang menimpa member diorang kerana cuba mengganggu aku. Aku tersenyum lagi. Bernas jugak idea ni.